Friday, October 22, 2010

.::Destinasi Cinta::.

Ku menyingkap tirai hati, mengintai keampunan..
Di halaman subur rahmatMu, Tuhan..
Tiap jejak nan bertapak, debu kejahilan..
Akan ku jirus dengan madu keimanan..

Tak ternilai airmata dengan permata..
Yang bisa memadamkan api neraka..
Andai benar mengalir dari nasuha nurani..
Tak kan berpaling pada palsu duniawi..

Destinasi cinta yang ku cari..
Sebenarnya terlalu hampir..
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati..
Telah ku redah daerah cinta..
Yang lahir dari wadah yang alpa..
Tiada tenang ku temui..
Hanya kecewa menyelubungi..

Ku gelintar segenap maya..
Dambakan sebutir hakikat..
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat..
Moga dapat ku berteduh di rendang kasihMu..

Namun ranjaunya tidak akan sunyi..
Selagi denyut nadi belum berhenti..
Durjana syaitan kan cuba menodai..
Segumpal darah bernama hati..
Sepanjang ke destinasi cinta Ilahi..

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku..
Leraikan aku dari pautan nafsu..
Biarpun sukar bagiku melamar redhaMu..
Namun masihku mengharap ampunanMu..
Wahai Tuhanku, Ya Allah..


jatuhnya airmata kerana Allah..merupakan suatu yang suci..tidak ternilai berbanding dengan permata..dan mampu memadamkan api neraka..

No comments:

Post a Comment