Sunday, October 17, 2010

.::Maaf::.

maaf..sesungguhnya sesuatu yang amat mudah untuk dikatakan..
tetapi susah untuk dilafazkan..
seringkali terjadi pergaduhan yang berpanjangan..
pabila hidup berlandaskan ego..
tanpa maaf..sesuatu pergaduhan pasti akan terus berlarutan..
ibarat jalan yang tidak berpenghujung..
akan terus menerus berlarutan..sehinggakan kawan boleh menjadi lawan..

adakah susah untuk meminta maaf??..
adakah perkataan maaf itu sendiri memalukan??..
adakah aku benar bersalah??..
untuk semua yang mengenali diri aku..
jika benar aku yang bersalah..dan mungkin benar aku yang bersalah..
dan sememangnya aku yang bersalah..
dalam segala hal, perbuatan, percakapan dan gurauan..
disini aku benar-benar mengatakannya..

AKU MINTA MAAF!!!..
sekarang aku mulai sedar bahawasanya tersangat2 sukar untuk menjadi seorang kawan yang digelar sebagai sahabat..
aku sedar, bukan senang untuk menjaga setiap kepingan hati yang Tuhan beri..
aku sedar, bukan semua orang boleh menerima cara kita..
aku sedar, aku tak mampu menjadi seorang kawan yang baik..
aku sedar, aku tak mampu menjadi insan yang berguna untuk semua..


MAAF!!!..
disebabkan aku..aku..aku..aku..
penyebab dan punca segala berlaku..
jika tidak dapat menerima aku kembali..
maafkan lah aku..janganlah ada tersemat dendam dihati..
aku taknak kawan2 aku menanggung dosa kerana berdendam..


HARAP MAAF..
sememangnya sukar hidup tanpa insan lain disekeliling kita..
sememangnya sukar hidup tanpa bergantungan sesama insan ciptaan Tuhan..
tapi itu hakikatnya..balasan bagi insan yang melakukan kesalahan..
dunia keseorangan itulah yang bakal dialami..



semoga berbahagia..('',)

No comments:

Post a Comment