Sunday, June 2, 2013

Tidak Kesampaian

terdiam tak terkata..terkelu lidah untuk berbicara..
kencang degupan jantung, berkocak nafas didada..
tubuhku kaku tidak berdaya..ibarat patung yang tidak bernyawa..
berat hatiku untuk menerima..yang perkara tak diingini berlaku buat kali kedua..

saya tak sangka yang perkara terdahulu bakal berlaku semula..
ibarat pisang berbuah dua kali..
saya ingatkan panas akan sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari..
saya tidak mengerti dengan perasaan yang saya ada..
semakin hari saya semakin sayang..dan semakin hari jugalah semakin saya tak dapat meluahkan..
saya cuma nak awak tahu perasaan saya dengan sendiri..tapi saya silap..
awak tak penah tahu pun yang saya dah lama sukakan awak..
maafkan saya sebab tak beritahu awak..saya tak pandai meluahkan..
mungkin bagi saya yang indah itu sukar untuk dimadah..

sehingga pada suatu hari, saya dapat tahu yang awak sudah pun berteman..
tidak saya jangka..patut lah semakin hari saya terasa semakin jauh..
mungkin saya terlalu selesa dengan awak..mungkin sebab saya dah terlalu sayang pada awak..
saya terlupa, yang saya tak pernah meluahkannya pada awak..
saya terlupa, yang awak masih belum menjadi milik saya..
berat hati saya bila mengetahui perkara tersebut..
saya tak pasti sama ada saya yang terlambat ataupun saya adalah pihak ketiga sbnrnya.

untuk pengetahuan awak,
banyak perkara yang saya dah rancang untuk mengenali awak dengan lebih lagi..
mengenali keluarga awak..merancang untuk bersama awak..
merancang untuk membahagiakan awak..
saya sangat serius dengan perkara ini..
tapi kini, perancangan itu semua terkubur tanpa terlaksana..
sepanjang perkenalan kita..ada 3 perkara yang saya sentiasa nak luahkan (tapi tak terluahkan)
dan saya sentiasa nak awak tahu..
1. saya sayangkan awak..
2. saya nak menjaga awak sehingga akhir hayat saya..
3. saya akan ada disetiap waktu untuk awak..
tapi sayang..semua itu tidak pun kesampaian..
awak dah pun bahagia bersama dia..
saya faham saya bukanlah yang terbaik untuk awak..
dan saya sedar itu..biarlah saya mengundur diri..
saya cuma berharap awak akan sentiasa bahagia..
dan dia akan sentiasa membahagiakan awak seperti mana yang saya mahukan..

Sesungguhnya,
saya bersyukur dengan perasaan cinta yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada saya..
hati saya tak pernah terbuka lagi sehingga saya mula mengenali awak..
saya terasa sangat bahagia walaupun masa kita cumalah seketika..
saya redha jika ini adalah ketentuan-Nya..
cuma saya tak kuat untuk menanggung beban rindu yang terlahir dari cinta ini..
akan saya abadikan cinta ini selamanya dihati..
dan sekiranya suatu hari nanti, awak didalam kesedihan, awak didalam kelukaan,
awak keseorangan, awak bersendirian dan awak memerlukan seorang teman yang setia mendengar rintihan awak..
janganlah lupa yang awak masih ada saya..saya tetap menanti awak dan akan ada untuk awak..



akhir kata..
sekiranya awak membaca entri ini..
awak dengarlah dan hayatilah 2 buah lagu yang sentiasa ingin saya nyanyikan..
2 buah lagu inilah yang akan mengungkapkan segala apa yang saya tak terluahkan..
dan sekiranya ada salah silap..awak maafkan saya ye..saya yang bersalah dalam hal ni..
saya yang melukakan hati saya sendiri..biarkan hati ini merawat lukanya sendiri..
kalau saya lebih ikhlas dengan perasaan saya, kalau saya lebih jujur dengan awak,
kalaulah saya lebih berani untuk meluahkan segalanya, mungkin semua ini tak akan terjadi kan?


saya terasa bahagia mencintai awak walaupun awak belum mencintai saya..
dan saya mahukan awak merasai bahagia sebagai mana yang saya rasa..
biarlah sampai syurga, saya kan tetap menanti awak..saya tetap menunggu awak..
jika itulah takdir cinta saya yg diaturkan oleh-Nya..
InsyaAllah..