Wednesday, December 4, 2013

Senyum Mu Yang Ku Rindu

hanya sekadar luahan hati..
hati yang menyimpan segala impian dan harapan..
hati meluah ceritera yang tak terceritakan..
terluah hanya diblog sepi yang telah lama ditinggalkan..

berbaur perasaanku ketika bertembung denganmu,
resah, gelisah, kalut, gembira, rasa nak menjerit pun ada,
sentiasa terfikir adakah masihkah ada cinta?ku sangka ku mampu tabah menghadapi,
dan ku sangka sudah hilang rasa cinta dihati,
tetapi silap, rasa itu masih ada tersembunyi..

sesungguhnya,
siapa yang tak rindu pada insan yang pernah disayang?
siapa yang tak rindu pada insan yang sering didambakan?
siapa yang tak rindu pada senyuman yang selalu dinantikan?

begitulah yang dapat aku rasakan, baru ku sedar,
betapa aku merindui senyuman yang tak pasti,
dah lama rasanya aku menyimpan rindu ini,
sejak terluahnya segala kebenaran,
kebenaran yang memusnahkan impian dan harapan.

walaupun aku tau peritnya, walaupun betapa sakitnya,
aku tetap akan belajar untuk terus mengikhlaskan,
ku akan terus tundukkan pandangan, ku lupakan senyuman,
dan membiarkan rindu ini akan terus tersimpan,
tersimpan jauh didalam lipatan kenangan.

aku tak tahu bila akan terluah rindu ini,
aku tak tahu pada siapa akan ku luahkan rindu ini,
hanya yang aku tahu, aku harus percaya pada-Nya,
ku lakukan demi Dia, ku serahkan segala kepada-Nya,
sesungguhnya, hanya Tuhan yang tahu betapa ikhlasnya rasa ini,
aku berharap, ku berdoa, jika benar, jika benar dia bukan untukku,
hilangkanlah sedikit demi sedikit rasa cinta ini, agar damai hati dapat dikecapi.

wahai Tuhan pemilik hati,
dari-Mu hadirnya cinta ini,
kepada-Mu jualah ku bermohon agar ianya pergi,
pergi agar tiada siapa yang akan tersakiti..

Assalamualaikum..

Tuesday, July 9, 2013

Hari Istimewa

hari istimewa itu bukanlah untuk saya..
tapi untuk dia..ya, hari ini adalah hari lahirnya..

saya nak ucapkan..
awak, SELAMAT HARI JADI!!!..SANAH HELWA!!!..HAPPY BIRTHDAY!!!..OTANJOUBI OMEDETOU!!!..SAENGIL CHUKHA HAMNIDA!!!..
semoga awak sentiasa dilindungi dan dilimpahi rahmat dari Ilahi..insyaAllah..
saya akan sentiasa doakan kebahagiaan awak.. :)

*ucap kat sini jela ye~

Monday, July 8, 2013

Kenapa Ku Pilih Twitter

assalamualaikum..
disebabkan ada yang bertanya, biarlah sy menjawabnya..
tak baik kan tak jawab persoalan yg diajukan??..
kawan-kawan yg dah follow twitter sy pasti perasan sesuatu bukan??..
sejak kebelakangan ini, sy lebih aktif di laman sosial twitter berbanding facebook..
siap ada yg menyindir, dulu muka facebook, sekarang dah tukar twitter~haha
ada beberapa sebab kenapa sy memilih twitter berbanding facebook..
semuanya berkaitan dengan perkara yang berlaku dalam hidup sy sejak akhir-akhir ni..

1. Tak kisah nak update banyak-banyak status dalam satu-satu masa..
 ini merupakan salah satu sebabnya..twitter sememangnya dicipta untuk orang tweet sepanjang masa..bukan macam facebook..update status kerap sikit orang menyampah dah..sy ada satu habit, iaitu apabila sy didalam kesedihan/kerinduan dan tiada siapa yg sy boleh ceritakan, sy suka coretkan kesedihan/kerinduan tu..bukanlah nak bagi semua orang tahu..sekadar nak melepaskan apa yg terpendam sahaja..biasanya sy coretkan diatas kertas tak kisah la buku ke komik ke janji boleh ditulis..kalau laman sosial pulak di blog dan facebook..tapi kini di twitter..kadang-kadang terkenang, bila dah terkenang, mula la nak sedih, mula la merindu, pastu akan dicoretkan di twitter..kenapa sejak akhir-akhir ni sy kerap ditwitter?..jawapannya sy mengalami kekecewaan sejak sebulan yg lalu..walaupun skrg hati sy ada sedikit tenang..tapi sy tak tahu kenapa rasa itu masih juga mengganggu..tapi Alhamdulillah, berkat kesabaran dan doa yg dipanjatkan keatas Ilahi..kekecewaan yg sy alami telah hilang hari ini cuma rasa sayang je yang belum..mungkin itu yang membuatkan hati sy masih bertaut untuk terkenang..mungkin~ *kalau dah sayang susah nak lupakan..betul ke??.. ehh

"dihati ini hanya Tuhan yang tahu, dihati ini aku rindu padamu, tulus sanubari menantikan hadirmu, hanyalah kau gadis pilihanku.."

2. Tak ramai followers..
ini sebab lainnya, mcm yg sy cakap tadi..sy coretkan bukanlah untuk bagi semua orang tahu..kalau kat facebook tu, ntah kawan dari mana-mana jek..kalau diorang baca tak rasa menyampah ke??..menyampah kan??..kalau ditwitter pula, hanya kawan-kawan yg sy kenal je follow, so, tidak menjadi masalah rasanya untuk dicoretkan ditwitter kan?..bukan ke kawan-kawan memahami??..kan?.. ehh

3. Tiada kehadiran dia ditwitter..
ini sebab utama..sy kenal dia dari tahun lepas (sept 2012) sejak MTM..sampai satu masa sy nak add facebook dia..tapi sebenarnya, sy dan dia dah lama ber'kawan' difacebook..sejak september 2010..sy pun tak ingat pasal tu (serius)..masa tu dia matrik kat KMJ dan sy tahun 2 di UTMKL..kat facebook, macam biasa la, kalau dah namanya 'kawan' facebook..sekadar 'kawan' facebook je la..tak bertegur pun..sebab tu sy tak pernah ingat kot..siapa yg add siapa pun sy tak ingat..takdir yg mempertemukan sy dan dia di UTMJB..dan mungkin takdir kami hanyalah sekadar kawan.. *melalut dah ni *pasal facebook ni, sy sendiri tak tau dia sedar atau tak yg sy ada di frenlist dia

"Tak ada manusia yang Tuhan ciptakan untuk hidup menderita dan terseksa..semua yang hadir dalam hidup adalah pengalaman untuk kita menjadi dewasa.."

straight to the point..dia tak tau pun sy ada twitter..sy kecewa sebab dia dah ada teman istimewa..dia ceritakan segalanya, dia rasa bersalah dan dia dah pun meminta maaf..sy dah lama maafkan dia..sy sembunyikan segala-galanya dan hanya tersenyum bila bersua..persoalannya, kenapa saya memilih twitter?..niat sy hanyalah ingin menjaga ukhuwah diantara kami..seperti yang sy dah cakap, bila sy didalam kerinduan dan kesedihan, sy suka mencoretkan tapi bukanlah untuk dibaca oleh dia..sy taknak dia terus diburu rasa bersalah bila dia tahu yg sy masih merindu..biarlah dia bahagia..biarlah sy terus sembunyikan rasa rindu ini dari dia..biarlah semuanya hanya Tuhan yang tahu..sy pasrah, dan sy dah pun serahkan segalanya pada yg maha Esa.. :)

"dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita akan menjadi ikhlas kerana-Nya.."


sy dah pun menjawab semua persoalan..
bagi yang sudi membaca, terima kasih sy ucapkan..
btw, Ramadhan bakal tiba, sy ucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua kawan-kawan..jadikanlah Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih baik dari tahun lepas ye..InsyaAllah.. :) 


Sunday, June 2, 2013

Tidak Kesampaian

terdiam tak terkata..terkelu lidah untuk berbicara..
kencang degupan jantung, berkocak nafas didada..
tubuhku kaku tidak berdaya..ibarat patung yang tidak bernyawa..
berat hatiku untuk menerima..yang perkara tak diingini berlaku buat kali kedua..

saya tak sangka yang perkara terdahulu bakal berlaku semula..
ibarat pisang berbuah dua kali..
saya ingatkan panas akan sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari..
saya tidak mengerti dengan perasaan yang saya ada..
semakin hari saya semakin sayang..dan semakin hari jugalah semakin saya tak dapat meluahkan..
saya cuma nak awak tahu perasaan saya dengan sendiri..tapi saya silap..
awak tak penah tahu pun yang saya dah lama sukakan awak..
maafkan saya sebab tak beritahu awak..saya tak pandai meluahkan..
mungkin bagi saya yang indah itu sukar untuk dimadah..

sehingga pada suatu hari, saya dapat tahu yang awak sudah pun berteman..
tidak saya jangka..patut lah semakin hari saya terasa semakin jauh..
mungkin saya terlalu selesa dengan awak..mungkin sebab saya dah terlalu sayang pada awak..
saya terlupa, yang saya tak pernah meluahkannya pada awak..
saya terlupa, yang awak masih belum menjadi milik saya..
berat hati saya bila mengetahui perkara tersebut..
saya tak pasti sama ada saya yang terlambat ataupun saya adalah pihak ketiga sbnrnya.

untuk pengetahuan awak,
banyak perkara yang saya dah rancang untuk mengenali awak dengan lebih lagi..
mengenali keluarga awak..merancang untuk bersama awak..
merancang untuk membahagiakan awak..
saya sangat serius dengan perkara ini..
tapi kini, perancangan itu semua terkubur tanpa terlaksana..
sepanjang perkenalan kita..ada 3 perkara yang saya sentiasa nak luahkan (tapi tak terluahkan)
dan saya sentiasa nak awak tahu..
1. saya sayangkan awak..
2. saya nak menjaga awak sehingga akhir hayat saya..
3. saya akan ada disetiap waktu untuk awak..
tapi sayang..semua itu tidak pun kesampaian..
awak dah pun bahagia bersama dia..
saya faham saya bukanlah yang terbaik untuk awak..
dan saya sedar itu..biarlah saya mengundur diri..
saya cuma berharap awak akan sentiasa bahagia..
dan dia akan sentiasa membahagiakan awak seperti mana yang saya mahukan..

Sesungguhnya,
saya bersyukur dengan perasaan cinta yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada saya..
hati saya tak pernah terbuka lagi sehingga saya mula mengenali awak..
saya terasa sangat bahagia walaupun masa kita cumalah seketika..
saya redha jika ini adalah ketentuan-Nya..
cuma saya tak kuat untuk menanggung beban rindu yang terlahir dari cinta ini..
akan saya abadikan cinta ini selamanya dihati..
dan sekiranya suatu hari nanti, awak didalam kesedihan, awak didalam kelukaan,
awak keseorangan, awak bersendirian dan awak memerlukan seorang teman yang setia mendengar rintihan awak..
janganlah lupa yang awak masih ada saya..saya tetap menanti awak dan akan ada untuk awak..



akhir kata..
sekiranya awak membaca entri ini..
awak dengarlah dan hayatilah 2 buah lagu yang sentiasa ingin saya nyanyikan..
2 buah lagu inilah yang akan mengungkapkan segala apa yang saya tak terluahkan..
dan sekiranya ada salah silap..awak maafkan saya ye..saya yang bersalah dalam hal ni..
saya yang melukakan hati saya sendiri..biarkan hati ini merawat lukanya sendiri..
kalau saya lebih ikhlas dengan perasaan saya, kalau saya lebih jujur dengan awak,
kalaulah saya lebih berani untuk meluahkan segalanya, mungkin semua ini tak akan terjadi kan?


saya terasa bahagia mencintai awak walaupun awak belum mencintai saya..
dan saya mahukan awak merasai bahagia sebagai mana yang saya rasa..
biarlah sampai syurga, saya kan tetap menanti awak..saya tetap menunggu awak..
jika itulah takdir cinta saya yg diaturkan oleh-Nya..
InsyaAllah..



Sunday, May 19, 2013

Aitakatta

dah lama saya tak dengar khabar berita..
entah sihat ke tidak, awak dimana,
dah makan ke belum, sedang buat apa??..
soalan2 tu yang selalu bermain difikiran saya..

dari hari ke hari, semakin menebal rindu dihati..
sehingga tiada lagi kata-kata yang dapat diganti..
untuk menjelaskan situasi yang sebegini..
saya akur,mungkin ini adalah ujian dari Ilahi..

awak..saya cuba untuk bertahan..
tapi saya tak mampu..
setiap pagi dan malam saya, pasti teringatkan awak..
mungkin awak merasa kurang selesa..
dengan kehadiran mesej yang kerap dari saya..
maafkan saya kalau saya selalu kacau awak..

saya cuma nak awak tahu..
yang saya sentiasa ada disetiap tika dan waktu..
untuk awak.. 






Saturday, May 4, 2013

Coretan Hati Rindu

sudah lama rasanya tidak menaip..
sejak kehilangan rasa cinta hilang juga lah rasa minat..

tetapi setelah sekian lama..
tidak pernah ku sangka..
akan kembalinya perasaan sebegini..
perasaan yang tak dapat diungkap dengan kata..
sepertinya aku tidak ingin ianya terjadi kembali..
tetapi ianya datang tanpa dijangka..

bak kata pepatah melayu..
tak kenal maka tak cinta..
tetapi apa yang terjadi padaku..
tak kenal tapi dah suka..

lembut tutur bicaranya..senyumannya..menarik hatiku untuk mendekati..
kesopanan dan kelembutannya dapat mendamaikan jiwaku yang resah ini..
tidak tahu mengapa, seolah-olah dia adalah permata yang ku cari selama ini..

tapi aku tetap aku..seorang lelaki yang tidak tahu berbuat apa2..
seorang lelaki yang hidup dengan fobia cinta..
seorang lelaki yang mampu mencintai tapi, tapi tidak mampu melafazkan..
mencintainya pun hanyalah didalam diam tanpa pengetahuan..
apa yang aku mampu hanya memandangnya dari jauh..
dan sentiasa mendoakan kesejahteraannya..

sememangnya dia persis permata yang dicari..
tapi ku tak pasti rencanaMu Illahi..
apakah dia kan kumiliki??..


KepadaMu Ya Allah..
sesungguhnya aku tidak mahu mengulangi kesilapan yang lalu..
aku hanya mampu berserah, dan menyerahkan segalanya padaMu Tuhanku..
redakan lah perasaan rindu yang membuak ini dari hatiku..
Ya Allah..
jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku..
jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu..

Kepada awak,
saya minta maaf jika saya selalu mencuri pandang senyuman awak..
maafkan saya jika saya membuatkan awak kurang selesa..