Tuesday, July 20, 2010

.::Love Addicted::.

emotion : berkecamuk

addicted atau dalam bahasa remaja2 adalah ketagih..
gian beb wa cakap sama lu..
ketagih yang aku nak maksudkan..
bukanlah ketagih terhadap facebook ye..
aku tau korang sume da terlebih2 ketagihan kat facebook tu..
untuk pengetahuan korang, akaun facebook aku semakin lama semakin pudar..
semakin lama semakin kurang pengaktifannya..
tapi kat sini aku bukannya nak citer pasal facebook..
bukan juga citer pasal mat2 gian yang sentiasa menagih kasih dan belaian sang pencinta dadah..
aku tak main ea dadah2 nie..sampah masyarakat semua tu..
disini, diblog ini, dalam entri kali ini..
aku nak cerita sikit..sebenarnya da seminggu aku tak bersama dia..
sejak naik semester ni..
segala2nya telah menghalang aku untuk bersama dia..
semakin lama semakin kuat ketagihan ku untuk bersama ngan dia..
tolong lah aku ya Tuhan..sesungguhnya Kau sahaja yang berkuasa untuk mempertemukan kami semula..
semakin hari semakin rindu..rindu ngan alunan muzik yang selalu dinyanyikan untuk aku..
rindukan tubuhnya yang ramping..
rindukan lehernya yang jinjang..
rindukan kenangan bersama..
rindukan segala-galanya tentang dia..
terasa ingin sekali membelai lehernya untuk yang kesekian kali..
tak sangka aku akan menagih kasihnya..menagih belaiannya..
kerana perasaanku selama ini tidaklah begitu kuat padanya..
disebabkan dia telah pun melukakan aku buat kali pertama..
dan untuk kali ini..aku menjadi semakin lali dengan luka pertama..
semakin seronok bila bersamanya..
yang jelas dan pasti aku ketagihan untuk bersamanya..
ku cuba mencari pengganti di sekitar UTM..
tapi tidak kutemukan yang seiras dengannya..
tidak kutemukan belaian yang serupa dengannya..
tidak juga kutemukan alunan cinta yang sama untuk dirinya..
jika ada pun mungkin hanya menjadi peneman aku sahaja..
yang pasti bukan tempat untuk ku mencurahkan kasih..
oh gitarku..bila kau akan kembali kepangkuanku..
bersama2 kita mengalunkan alunan muzik..
jari2 ku merindukan tarian rancak dilehermu..
kat UTM ni bukan maen susah lagi aku nak dapatkan gitar..huhu..^_^

Saturday, July 10, 2010

.::New Chapter For The New Season::.

emotion : nervous + happy + slightly sad

sedar tak sedar..masanya sudah tiba..masa untuk apa??..
masa untuk kita buka buku baru, buka cerita baru..
orang putih kata, now it is the time.. time for what??..time for new book, new storyline, new chapter, new semester, new life..
sekarang dah semakin hampir dengan semester baru..
aku pasti semua orang ada azam baru..termasuk aku sendiri..
dan aku sekarang ni tengah sibuk2 mengemas..
sibuk2 mencari barang2 sem lepas..*mana aku simpan ek??..
sibuk2 membeli barangan keperluan baru..
sibuk2 melipat baju2..
sibuk2 memenuhkan beg2 aku..
sibuk2 menyibukkan diri mendengar gosip2 jiran sebelah aku..*sempat lagi tu..
hari yang dinanti2kan semakin hampir..semakin berdebar pula rasanya..
ada juga sebak didada..terasa berat ingin meninggalkan keluarga..
setelah hampir 3 bulan bersama..disamping itu..
gembira kian terasa..tak sabar rasanya..
bertemu kawan2 sekepala..
aku pasti dan seyakinnya pasti, semester 3 bakal lebih mencabar drpd sem2 yang lepas..
dan azam aku, aku akan cuba dan terus mencuba overcome kelemahan aku..
orang putih kata, by knowing weakness people can be stronger.. so, i believe i can fly..i believe i can touch the sky..
kelemahan aku sem lepas yang menjahanamkan aku..
aku taknak ini berulang..aku seru kawan2 ku..
apa kata kita semua sama2 menggapai bintang kejayaan sem nie!!..
menggapai bintang kejayaan yang jauh dan penuh dengan halangan..
sama2 lah kita ya!!..bantulah aku insan yang lemah nie..

p/s : aku masih berdebar2 ni nak balik UTM..
tak tau camne cabarannye hidup dikelilingi junior nnti..hehe

Friday, July 9, 2010

.::The End Of The Season::.

emotion : nervous + happy + slightly sad

pejam celik pejam celik..
da hampir 3 bulan..atau kiraan tepat 2 bulan setengah..
aku berada dirumah ataupun tempat yang aku panggil Home Sweet Home..
keberadaan dirumah adalah disebabkan cuti semester yang panjang..
dan kini, semakin jelas tanda2 bahawasanya cuti bakal berakhir..
bukan cuti sahaja yang berakhir..
malahan life aku sebagai mahasiswa tahun 1 akan berevolusi menjadi life mahasiswa tahun 2..
wah!!..da setahun rupanya ek??..
penghujung cerita untuk musim nie, amat2lah menarik..
orang putih kata happy ending lah..
yela, mana tak happy kalau bersama keluarga??..happy kan??..
siapa yg tak happy??..ckap ngan aku..aku motivate skit nnti..
perjalanan cuti aku sangat2 lah terasa panjang..
aku rasa cam dah banyak sangat aktiviti yang aku lakukan..*tak panjang ke tue??..
lebih2 lagi Pasir Gudang sekarang telahpun dinaiktarafkan menjadi Majlis Perbandaran..
semakin banyak majlis2 dan aktiviti2 yang telah diadakan..
aku pun turut sama menjoinkan diri lah..seronok weyh!!..
tapi kini, semuanya bakal terhenti buat seketika..
seruan belajar telah pun kedengaran..
masanya untuk aku berbakti semula..
dan menjadi kebanggaan keluarga..
tidak lama lagi aku akan buka buku baru..
sebelum tertutupnya buku lama nie..
kalau boleh aku nak buat sesuatu yang boleh dibanggakan keluarga..
tapi aku tak perlu risau..sebab semua itu telahpun tercapai..
Alhamdullilah..
sekarang aku perlu focus dan terus focus..dalam pelajaran semester 3 nanti..
InsyaAllah..^_^

Tuesday, July 6, 2010

.::Beautiful Landskap::.

emotion : extremely happy!!!

upin : hai!!..nama sy upin..yang ini adik sy ipin..
ipin : hah!!..btol3!!..ni kisah kami berdua..
upin : ish! kau niee..kau dah lupa ke??..
ipin : eh??..hah!!..ini kisah kami SEMUA!!..
semua : HAIIIII!!

upin
& ipin : Episod 6 : Kami Bangga!!! Bahagian 2




bermacam2 pertandingan dan majlis2 besar telah dianjurkan..
sempena meraikan Pasir Gudang yg telah dinaiktarafkan..
antara banyak2 pertandingan..
ada satu yang aku tertarik..*tapi bukan aku nk join..aku nk tngok jewk..
sebab pertandingan nie hanya boleh disertai oleh wakil2 setiap daerah dan majlis perbandaran yang ada dalam Negeri Johor..
pertandingan tersebut ialah Pertandingan Landskap..*menarik bukan??..
kami sekeluarga meninjau landskap2 tersebut pada hari terakhir..
yang merupakan hari penutup perasmian..pada 4/7/2010..
sebab kalau pergi akhir2 nie all out..semua landskap ada senjata terakhir..haha
dan berikut antara landskap2 yg sempat ditangkap gambarnya..
take a look and amazed k..

Antara landskap2 yg telah dipertandingan oleh semua wakil2 daerah dan majlis perbandaran Negeri Johor.
click picture to enlarge.





















da puas tengok??..utk pengetahuan para pembaca semua..
model2 diatas bekerja dengan rela tanpa bayaran ye..
dan tanpa model2 itu siapalah landskap??..
kelihatan lebih menarik bukan??..haha
gambar2 itu telah disnap pada petang harinya..
pada malamnya pula telah diadakan majlis Penutupan Perasmian Semarak Pengistiharan MPPG..
kami semua disajikan dengan nyanyian band2 60an..*syok woo..
nyanyian juara karaoke, juara kompang berirama, dan tarian2 kebudayaan..
dan utk pengetahuan anda semua..kami sekeluarga sudah beransur pulang sebelum majlis berakhir lagi..ini disebabkan keesokan harinya adik2 nk kena bangun pagi..
pegi sekolah..tapi ini semua merupakan kenangan yang manis buat aku..
dan secara kebetulan majlis ni diadakan semasa cuti2 semester aku..Alhamdullilah..
kalau tidak, melepaslah aku menyambut detik2 berharga sebagai penduduk Pasir Gudang..^_^

.::Pride::.

emotion : extremely happy!!!

upin
: hai!!..nama sy upin..yang ini adik sy ipin..
ipin : hah!!..btol3!!..ni kisah kami berdua..
upin : ish! kau niee..kau dah lupa ke??..
ipin : eh??..hah!!..ini kisah kami SEMUA!!..
semua : HAIIIII!!

upin
& ipin : Episod 5 : Kami Bangga!!! Bahagian 1

bangga!!!..kami bangga..saya bangga..kenapa bangga sangat nie??..
bangga lah!!!..tapi bukan riak ye..
kami bangga ada sebabnya..
setelah 17 tahun setengah aku menetap di Pasir Gudang..*umur aku skrg 19 tahun..
inilah aku pertama aku berbangga dengan pencapaian Pasir Gudang..


Setelah berprestasi dengan cemerlang, pada 1 Julai 2008, Pasir Gudang telah dinaiktaraf menjadi sebuah Majlis Perbandaran penuh.
.

dan kini telahpun diistiharkan menjadi Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG)..
dan dengan kejayaan ini..pelbagai majlis telah diadakan sempena acara perasmian Menara Aqabah dan Semarak Pengistiharan MPPG selama lebih kurang seminggu..
bermula daripada 26/6/2010 sehingga 4/7/2010..majlis2 tersebut diadakan di Menara Aqabah (kini merupakan mercutanda bg penduduk Pasir Gudang) dan Bukit Layang-Layang..


Sesungguhnya Kompleks pejabat Menara Aqabah adalah mercutanda dan lambang utama Pasir Gudang dalam usahanya membina kehidupan komuniti mengikut ajaran Islam. Seluruh senibina Menara Aqabah dan juga namanya sekalipun menzahirkan hasrat penduduk setempatnya untuk memartabatkan Bandar Pasir Gudang sebagai salah satu bandar baru Islamik di Malaysia. Ia bertujuan menjadikan realiti konsep ketamadunan Islam dalam kehidupan moden yang memenuhi keperluan masyarakat perindustrian dan masyarakat bandar berbilang bangsa dan agama.

*beginilah rupa Menara Aqabah pada waktu malam..

*dan ini pula GroundFloor Menara Aqabah..


dan antara acara yang dianjurkan adalah kompang berirama, larian, pertandingan nyanyian karaoke dan pelbagai lagi..
perasmian untuk Semarak Pengistiharan MPPG diadakan pada 1/7/2010 bertempat di Menara Aqabah itu sendiri..
bermula pada 8.30 malam sehingga 12.30..
kami disajikan dengan nyanyian artis bernama Syura dan lawak jenaka Ali Mamak beserta Jalil Hamid..sememangnya malam yg indah..tepat pukul 12 malam..
dengan secara rasminya Pasir Gudang telahpun rasmi dinaiktaraf dan menjadi Majlis Perbandaran Pasir Gudang..
sejurus kemudian, kedengaran bunyi dentuman dan kami telah dimandikan dengan sinaran cahaya bunga api..malam yang gelap kini sudah terang..
sememangnya tidak lengkap sesuatu acara tanpa bunga api ye..
dan utk pengetahuan para pembaca..acara perasmian itu telah dibanjiri oleh hampir kesemua penduduk Pasir Gudang..
bayangkanlah JCorp perlu menyediakan 6 skrin besar diluar kawasan Menara Aqabah..
untuk tatapan bersama dan untuk penduduk yg tidak berkesempatan masuk..
betapa meriahnya kan??..suka..^_^

bersambung..

Saturday, July 3, 2010

.::What Make Me Proud?::.

emotion : happy + proud

upin : hai!!..nama sy upin..yang ini adik sy ipin..
ipin : hah!!..btol3!!..ni kisah kami berdua..
upin : ish! kau niee..kau dah lupa ke??..
ipin : eh??..hah!!..ini kisah kami SEMUA!!..
semua : HAIIIII!!

upin & ipin : Episod 4 : Cerita Suka Cerita Duka Bahagian 2

setelah puas aku merintih kesedihan..
aku tidak menyangka dan tidak menjangkakan sesuatu..
ye, sesuatu yang baik akan berlaku..
dan ianya berlaku semalam..
ternyata memang ada hikmah disebalik setiap kejadian..
datangnya dia dalam keluarga ini..
menambah ceria dan menambah kemanisan dalam setiap senyuman ahli keluarga kami..
datangnya dia juga telah membuat aku merasa bangga..
datangnya dia, dia telah menyelamatkan kami sekeluarga..
datangnya dia juga telah menambah gelak tawa kami sekeluarga..
datangnya dia juga telah menambah jeles2 dikalangan jiran2..
dan datangnya dia menunjukkan hajat aku yang telah kesampaian..
hajat ku untuk membelikan hadiah buat emak, abah dan adik2..
hadiah yang da lama emak impi2kan..
datangnya dia pada petang semalam diangkut oleh dua orang jejaka..
berdiri megah di ruangan dapur..
dengan nama panggilan beliau Peti Sejuk jenama Toshiba
GR R37MT..
merupakan peti sejuk limited edition yg baru..berharga RM1xxx.xx..*beginilah rupa beliau..


berhempas pulas aku mengumpul duit..dengan hasil titik peluh aku selama ini..
aku dapat tunaikan hajat aku..berbaloi2 jugak lah..
aku pun tak pernah lagi merasa peti sejuk 2 pintu..haha..
sejuk da macam peti sejuk kat supermarket tu..gila ah!!..
buat pertama kali aku berbangga menjadi seorang anak..
aku harap usaha ini akan berterusan..
mak, tunggu lah hadiah seterusnya..tv lcd 42 inci..^_^
lame lagi lah jawabnye..tggu rumah baru siap ea mak..=))

.::Sad Sadder Saddest::.

emotion : sad + unstable

upin : hai!!..nama sy upin..yang ini adik sy ipin..
ipin : hah!!..btol3!!..ni kisah kami berdua..
upin : ish! kau niee..kau dah lupa ke??..
ipin : eh??..hah!!..ini kisah kami SEMUA!!..
semua : HAIIIII!!

upin & ipin : Episod 3 : Cerita Suka Cerita Duka Bahagian 1

buat pertama kali aku bersedih..mksud aku dirumah..
ye, bersedih dirumah setelah sekian lama..
aku bersedih diatas khabar berita pemergian temanku..
ye, pemergian..aku sgt2 menghargai beliau..
beliau lah teman aku selama keberadaanku dirumah..
beliau lah teman sepermainan aku sejak aku kecik lagi..
beliau lah tempat aku mengadu suka dan duka..
beliau merupakan teman yg boleh memahami perasaanku..
beliau lah segala2nya..ternyata tuhan lebih sayangkannya..
beliau telah meninggalkan aku tanpa rela..
bagaimana harus aku hidup tanpanya??..
yg lebih mengharukan, pemergian beliau turut ditangisi keluarga aku..
aku sgt2 bersedih..selama ini selalu bersama..
secara tiba beliau pergi..baru 2 hari aku telah merindukan beliau..
kini aku sedari bahawasanya yg pergi biarlah pergi..aku redha..
jika itu ketentuan Allah..aku redha..
berdamailah kau disana wahai personal computer ku..
tak sangka sudah tiba masanya utk kau rosak..
sudah bertahun kau berkhidmat dalam keluarga ini..
kini aku..tanpa dia..teman baru..cyber cafe..
aku terpaksa mengon9kan diri aku di cc selagi tiada pengganti baru..
abah..belilah komputer baru..=((

bersambung..