Friday, November 5, 2010

.::Mimpi::.

mimpi..suatu petanda ataupun hanya sekadar mainan tidur??..
sememangnya majoriti akan menjawab "mainan tidur je tu"..kan??..
tapi kalau sudah berulang kali??..
mimpi yang sama..adakah masih mainan tidur??..
tidak ada mimpi yang lain kah??..
pernahkah anda terlibat dalam situasi ini??..

apa yang hendak di ketengahkan disini??..
masalah yang aku hadapi kali ini adalah masalah tidur dan mimpi??..
agak pelik bunyinya disitu kan??..
aku agak kesukaran tidur pada waktu malam sejak kebelakangan ini..
setiap kali tidur pasti aku akan terjaga semula disebabkan satu mimpi..
dan lepas tu..paham2 r, mesti da xleyh tido balik..
setiap malam berulang perkara yang sama..
apa masalah aku ni sebenarnya??..
untuk pengetahuan korang aku dalam minggu belajar skrg nie..bak kata orang putih "study week"..
pabila malam tidak dapat tidur..akan dibantainya pula siang hari..
camne aku nak belajar camni???..time2 nie lah datang onak dan durinya..

untuk pengetahuan korang jugak..
mimpi tersebut merupakan mimpi yang membahagiakan..
tapi sesungguhnya tidak relevan langsung..
mimpikan orang yang dah lama aku cuba lupakan??..apakah??..
aku pernah bertanyakan pendapat pakar..
dan pakar tersebut membuat konklusi lalu berkata padaku..
"minda dibawah sedar anda tidak terkawal"..mengapakah??..
ini berlaku tatkala apa yang minda mahukan tidak sama ngan apa yang hati mahukan..
sememangnya kita boleh kawal minda tapi bukan hati..
tapi kita perlu ingat juga..dapatkah anda mengawal minda tatkala tidur??..
minda akan mengikut hati dan menjadi tidak terkawal lalu mengekspresikannya melalui mimpi??..boleh percaya ke???..
ntah lah..tapi memang mimpi tu agak membuatkan aku terasa sedih dan pilu untuk kesekian kali..
mana tidaknya, realiti dan fantasi tidak pernah sama dan tidak akan pernah sama..
apa yang aku alami dalam mimpi tersebut merupakan songsangan dalam dunia nyataku..
apakah songsangan bagi KEBAHAGIAAN??..anda pasti lebih mengetahui itu..

harapanku dari kawan2..doakanlah kesejahteraan sahabatmu yang dalam masalah ini..
dari sihat boleh jadi sakit..doakanlah agar diberi kefahaman semasa mengulangkaji..
maklumlah dalam minggu2 study week nie..semua jadi rajin2 belaka..
tapi pahamnya???..tidak..

semoga korang berbahagia..('',)

tidur merupakan satu nikmat dan mimpi adalah hiburannya..
tahukah anda, mimpi yang anda alami sebenarnya dalam 2 warna sahaja ( hitam dan putih )..
dan mimpi hanya akan datang seminit sebelum anda tersedar..

No comments:

Post a Comment