Sunday, August 22, 2010

.::New Project::.

AHTM 2 : CM..
itulah tajuk bagi projek baru kami untuk tahun ini..
projek ini masih berada di peringkat pembikinan jalan cerita dan cadangan plot..
projek ini diadakan bertujuan untuk memenuhi permintaan orang ramai yang tertanya2 kesudahan nasib abg Hensem kita dalam filem AHTM..
AHTM 2 : CM adalah filem kedua sambungan daripada sekuel pertamanya iaitu AHTM..
merupakan projek terbesar untuk tahun ini..dianggarkan untuk projek kali ini, kami memerlukan kos yang agak tinggi disebabkan kerana aksi2 lebih mencabar dan penghasilan kostum yang ditempah dari luar negara khas untuk Abang Hensem kita..
bagi peminat2 semua pasti tertanya2 apa itu AHTM 2 : CM???..
AHTM 2 : CM merupakan singkatan untuk 'Aku Hensem The Movie 2 : ChipMan'..

serba sedikit mengenai jalan cerita AHTM 2 : ChipMan..
sebagaimana yang kita tahu, Hensem telahpun menerima kutukan dan cacian drpd org ramai akibat terlalu bangga ngan kehenseman beliau..
dan dalam sekuel ini, beliau cuba mengubah persepsi orang ramai tentang diri beliau..
macam2 perkara yang cuba dilakukan, beliau semakin rajin membantu orang ramai..
beliau melakukan itu semua demi menambat hati 4 gadis yang beliau cintai..*rujuk AHTM
keinginan beliau untuk membasmi jenayah membuatkan beliau mempelajari teknik mempertahankan diri iaitu specially dlm bidang taijutsu dan skil perang psikologi..
sebenarnya beliau belajar adalah semata2 untuk memenuhi minat beliau..
minat untuk menjadi Kamen Rider..
beliau minat akan Kamen Rider..
dan Kamen Rider merupakan idola beliau..
tanpa disedari, dengan kebaikan yang beliau lakukan..
dan keinginan yang tinggi..
beliau telah dikurniakan kuasa..
sejenis kuasa yang bakal mengubah dunia..
sejenis kuasa yang tidak dapat digambarkan..
sejenis kuasa diluar dugaan..
sejenis kuasa yang tidak tercapai akalmu..
sejenis kuasa yang boleh membantu generasi manusia masa kini..
dengan adanya kuasa itu, lahirlah superhero baru yang diberi nama ChipMan!!!..
tapi persoalannya disini..dapatkah beliau mengawal kuasa hebat tersebut??..
dapatkah beliau menggunakan kuasa tersebut untuk kebaikan??..
dapatkah beliau menambat hati gadis2 dengan menggunakan kuasa tersebut??..
dapatkah beliau menjadi seperti idolanya yakni Kamen Rider??..

apa yang pasti semuanya terjawab dalam ChipMan!!!..
bak kata SpiderMan "a great power come with a great responsibility"..
tagline untuk filem ini "ChipMan sebenar adalah aku!!!..kau ChipMan yang tidak diiktiraf!!"..
please look forward for the movie..see u soon at mini cinema..^_^

2 comments: