Sunday, August 29, 2010

.::Tiada Lagi::.

tiada lagi niatku untuk mencari penawar hati..
segala tindak tanduk ku telahpun mati disini..

tiada lagi kerinduan yang dapat kusemai dibatas hatimu..
jika tunas yang tumbuh pun terkulai layu..

tiada lagi yang ku harapkan darimu..
kerana harapan itu yang membuatkan ku tertunggu2..

tiada lagi memori semalam untuk hari ini..
jika itu yang menyebabkan luka dan sebak dihati..

tiada lagi usahaku untuk mendekati..
kerana dia adalah bunga yang berduri..

tiada lagi airmata hendakku tangiskan untukmu..
yang tinggal hanyalah duka dan pilu..

tiada lagi diriku dalam hidupmu..
jika itu yang kau mahu..
ku sedia mengundur diri..
melangkah pergi..

No comments:

Post a Comment