Friday, August 27, 2010

.::Hipokrit::.

sekian lama dia dan aku saling menyepi..
sekian lama aku merindukan suaranya..
sememangnya suara yang aku pernah cari suatu ketika dahulu..
biarpun hanya dapat kedengaran melalui telefon bimbit..
sememangnya aku terasa puas..
malam semalam merupakan antara perbualan kami yg paling panjang sekali..
hinggakan kredit aku yang sebelumnya terisi dengan belasan ringgit..
punah dalam satu malam..
semuanya bermula hanya dengan satu miscall drpd dia..
dan aku yg mengambil inisiatif untuk menelefonnya semula..
rancak perbualan kami, sehingga membuatkan dia terlalu open minded malam itu..
katanya dia tidak pernah berbual serancak ini..
apa yang membuatkan aku terkilan..
dia pernah kecewa dengan sikap aku suatu ketika dahulu..
katanya aku seperti manusia hipokrit yang hidup penuh dengan alasan..
berbalik topik hipokrit..kenapa aku hipokrit..tanyaku??..
katanya, aku tidak pernah menunjukkan diri sebenar aku di hadapan orang ramai..
katanya lagi..dulu dia sering cuba untuk berbual bersama aku secara berdepan..
tapi aku sering menundukkan kepala..berkata dengan nada lemah..seperti nak taknak..
mungkin padaku malu untuk berkata2..
padanya, aku seperti orang yang mempermainkan dia..
katanya lagi, kalau ber'sms' aku bukan seperti aku yang menunduk malu..
itu yang membuatkan dia amat2 kecewa padaku..
dari kata2 nya aku terasa amat bersalah..
dari kata2 nya membuatkan aku sedar..
bahawasanya, aku telahpun mengulangi kesilapan lalu..
buat kali kedua..kenapa??..
manusia sering mengulangi kesilapan yang sama..
adakah itu sememangnya sifat aku??..
kenapa sifat macam itu perlu ada untuk diriku??..
benarkah aku manusia hipokrit yang hidupnya penuh dengan alasan??..
kepada dia, aku memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan lalu..
bukan niatku begitu..bukan niatku untuk mengecewakan kamu..
sesungguhnya aku seronok berbual ngan kamu..
thanks for that precious moment..
apa yang berlalu biarlah berlalu..kan??
sememangnya yang berlalu biar berlalu..
tapi aku sudahpun mengulangi kesilapan itu dalam masa terdekat ini..
apa yang bermain difikiran adalah..
ada siapa2 terasa ke??..diorang benci kat aku x??..
apa perception diorang terhadap aku ek??..
aku sgt2 ingin mengubah dan menghalang ini drpd berlaku..
tapi aku tak mampu..
oh Tuhan..tolonglah hambamu ini..
sesungguhnya aku akui hati kurniaanMu ini tidak ku jaga dengan baik..
pasti ada yang terasa gara2 aku mengikut hati..
sememangnya hipokrit..kepada yang terasa..
aku memohon maaf kerana ini adalah sikapku yang tidak dapat dibendung..
sememangnya jika tidak berdepan, aku adalah diriku..
tapi sebaliknya akan berlaku jika situasi diterbalikkan..
aku menjadi hipokrit gara2 sifat malu..sampai bila??..maaf..

2 comments: