Saturday, September 25, 2010

.::Doaku Untukmu Sahabatku::.

berdoalah kamu untuk kesejahteraan sahabatmu..ketahuilah bahawasanya doa kita untuk orang lain adalah lebih tinggi darjatnya disisi Allah s.w.t.


Ali dan Ahmad merupakan orang yg hidup dalam serba kekurangan..
Mereka berdua berkawan baik..
Setiap kali selepas sehari berusaha mencari rezeki, mereka akan singgah ke masjid dan berdoa..
Ahmad bertanya, "Kau berdoa apa hari ini Ali?"..
Ali menjawab, "Aku berdoa agar dikurniakan rezeki yg lebih, bulan ini perbelanjaanku lebih dari biasa...engkau pula berdoa apa?..
Ahmad hanya tersenyum tanpa jawapan..
Keesokannya, Ali memberitahu Ahmad doanya makbul kerana majikannya memberikan bonus..
Ali berkata, "Harini aku ingin berdoa semoga isteriku selamat bersalin."..
Kemudian mereka berdua pun masuk kedalam masjid dan berdoa..
Selesai berdoa, Ali bertanya kepada Ahmad apa yang dia berdoa pada hari ini tetapi Ahmad masih lagi tersenyum, masih tiada jawapan..
Beberapa hari kemudian Ali memberitahu Ahmad bahawa isterinya selamat bersalin..
Katanya, "Tidak sangka doaku sangat makbul, Alhamdulillah."..
Ahmad berkata, "Tahniah Ali, aku harap anakku sembuh dari penyakitnya."..
Ali bertanya, "Kenapa dengan anak kau?"..
"Anakku sakit tenat beberapa hari ini, aku bimbang Ali."..
Ali berkata, "Kau jangan risau, doalah kuat2 sikit."..
Kemudian keduanya masuk ke masjid..
Beberapa hari kemudian Ali bertanya, "Bagaimana keadaan anak kau Ahmad?"..
"Macamtu saja, tidak berlaku banyak perubahan."..
"Aku tidak sangka doaku sangat makbul tetapi kau...."
Ahmad bertanya, "Kenapa dengan aku?"..
Ali menjawab, "Aku lihat doamu tidak makbul Ahmad."..
Ahmad tersenyum....
Ali pun menjadi hairan lantas bertanya, "Doamu tidak makbul tetapi kau masih tersenyum?".. Ahmad menjawab, "Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan Allah, Alhamdulillah."..
Kemudian Ali berkata, "Tetapi tidak melihat sebarang perubahan pada diri kau."..
Ahmad tersenyum dan berkata, "Doaku sejak dari dulu hanyalah untukmu wahai sahabatku.. Aku berdoa agar Allah memakbulkan setiap doa yang engkau pinta kepadaNya."..

Semoga mendapat iktibar..
Ketahuilah doa kita untuk orang lain itu lebih tinggi disisi Allah..
Selamat berdoa.....(^_^)

Dipetik dan diubahsuai dari Majalah Solusi isu 22,Doa,Mustajab atau Terhijab..

No comments:

Post a Comment