Tuesday, December 14, 2010

.::Live Your Life Like A Drama::.

kalu the engineered wonderland giler korea sekarang nie..
aku pulak laen citernye..
aku gilerkan drama jepun pulak dah..aha.
addict giler2 punye..aku pown x tau nape buleh jadi camni..
thanx la kepada Din yang telah berjaya buat aku camni..
kau lah sumber pertama aku yang memperkenalkan drama2 nie..

adoi..emosi habis..
untuk aku lah, masa ngah menonton tu..
mmg feel habis..da tak layan da orang laen..
lagi satu, aku suka tngok sorang2..ehe..
part yang sedih2 tue da takyah lah nak tahan2 depan member..haa.

untuk pengetahuan korang..
drama pertama yang aku tngok adalah Zettai Kareshi aka Absolute Boyfriend..
aku ingatkan citer lawak..layan lah aku..
mmg lawak PADA AWALNYA!!!..tapi last2..hamek kau..
naseb bek tngok sorang2..*aku x suke tengok citer sedih sebenarnye*
memang tak suke!!!..

kalu korang nak tau camne feel time tngok citer nie..
tengoklah sendiri yeh..
mmg terasa betul ngan citer nie tau..
cerita len yang aku da tngok, erm..
Hanazakari no Kimitachi e, Liar Game, Kurosagi, Gokusen, Atashinchi no Danshi, dan bnyk lagi lah..

pengalaman daripada drama2 nie..
kehidupan manusia sememangnya penuh suka dan duka..
jatuh dan bangun..life is beautiful right??..
dan yang paling penting..manusia takkan lari daripada cinta..
kerana manusia sememangnya memerlukan cinta untuk hidup..
so, live your life like a drama..and make a happy ending in your life story..:)


Nodame Cantabile..
salah satu drama yang paling paling paling aku suka selain Liar Game..

bergenre romantic comedy..sangat2 best citer nie..nak tengok lagi sekali lah..haha

bagi peminat2 drama yang agak2 nak donlod citer2 best nie..
klik lah link dibawah nie yeh..

Tuesday, December 7, 2010

.::Cinta, Sayang, Suka Dan Minat::.

Cinta, Sayang, Suka, dan Minat merupakan perkara yang amat-amat berbeza dari segala segi dimana :

Cinta -
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita..
segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu..
dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia..
kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya..

dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi..
Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je..

Sayang -

Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita..

selalunya kita akan sayang kan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita..

dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya..

Suka -

Kita sukakan dia kerana dia kelakar..

Dia happy-go-lucky..

Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut..

Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu..

dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita..

Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah.

Minat -

Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya..

dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan..


Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Friday, November 5, 2010

.::Mimpi::.

mimpi..suatu petanda ataupun hanya sekadar mainan tidur??..
sememangnya majoriti akan menjawab "mainan tidur je tu"..kan??..
tapi kalau sudah berulang kali??..
mimpi yang sama..adakah masih mainan tidur??..
tidak ada mimpi yang lain kah??..
pernahkah anda terlibat dalam situasi ini??..

apa yang hendak di ketengahkan disini??..
masalah yang aku hadapi kali ini adalah masalah tidur dan mimpi??..
agak pelik bunyinya disitu kan??..
aku agak kesukaran tidur pada waktu malam sejak kebelakangan ini..
setiap kali tidur pasti aku akan terjaga semula disebabkan satu mimpi..
dan lepas tu..paham2 r, mesti da xleyh tido balik..
setiap malam berulang perkara yang sama..
apa masalah aku ni sebenarnya??..
untuk pengetahuan korang aku dalam minggu belajar skrg nie..bak kata orang putih "study week"..
pabila malam tidak dapat tidur..akan dibantainya pula siang hari..
camne aku nak belajar camni???..time2 nie lah datang onak dan durinya..

untuk pengetahuan korang jugak..
mimpi tersebut merupakan mimpi yang membahagiakan..
tapi sesungguhnya tidak relevan langsung..
mimpikan orang yang dah lama aku cuba lupakan??..apakah??..
aku pernah bertanyakan pendapat pakar..
dan pakar tersebut membuat konklusi lalu berkata padaku..
"minda dibawah sedar anda tidak terkawal"..mengapakah??..
ini berlaku tatkala apa yang minda mahukan tidak sama ngan apa yang hati mahukan..
sememangnya kita boleh kawal minda tapi bukan hati..
tapi kita perlu ingat juga..dapatkah anda mengawal minda tatkala tidur??..
minda akan mengikut hati dan menjadi tidak terkawal lalu mengekspresikannya melalui mimpi??..boleh percaya ke???..
ntah lah..tapi memang mimpi tu agak membuatkan aku terasa sedih dan pilu untuk kesekian kali..
mana tidaknya, realiti dan fantasi tidak pernah sama dan tidak akan pernah sama..
apa yang aku alami dalam mimpi tersebut merupakan songsangan dalam dunia nyataku..
apakah songsangan bagi KEBAHAGIAAN??..anda pasti lebih mengetahui itu..

harapanku dari kawan2..doakanlah kesejahteraan sahabatmu yang dalam masalah ini..
dari sihat boleh jadi sakit..doakanlah agar diberi kefahaman semasa mengulangkaji..
maklumlah dalam minggu2 study week nie..semua jadi rajin2 belaka..
tapi pahamnya???..tidak..

semoga korang berbahagia..('',)

tidur merupakan satu nikmat dan mimpi adalah hiburannya..
tahukah anda, mimpi yang anda alami sebenarnya dalam 2 warna sahaja ( hitam dan putih )..
dan mimpi hanya akan datang seminit sebelum anda tersedar..

Friday, October 22, 2010

.::Destinasi Cinta::.

Ku menyingkap tirai hati, mengintai keampunan..
Di halaman subur rahmatMu, Tuhan..
Tiap jejak nan bertapak, debu kejahilan..
Akan ku jirus dengan madu keimanan..

Tak ternilai airmata dengan permata..
Yang bisa memadamkan api neraka..
Andai benar mengalir dari nasuha nurani..
Tak kan berpaling pada palsu duniawi..

Destinasi cinta yang ku cari..
Sebenarnya terlalu hampir..
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati..
Telah ku redah daerah cinta..
Yang lahir dari wadah yang alpa..
Tiada tenang ku temui..
Hanya kecewa menyelubungi..

Ku gelintar segenap maya..
Dambakan sebutir hakikat..
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat..
Moga dapat ku berteduh di rendang kasihMu..

Namun ranjaunya tidak akan sunyi..
Selagi denyut nadi belum berhenti..
Durjana syaitan kan cuba menodai..
Segumpal darah bernama hati..
Sepanjang ke destinasi cinta Ilahi..

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku..
Leraikan aku dari pautan nafsu..
Biarpun sukar bagiku melamar redhaMu..
Namun masihku mengharap ampunanMu..
Wahai Tuhanku, Ya Allah..


jatuhnya airmata kerana Allah..merupakan suatu yang suci..tidak ternilai berbanding dengan permata..dan mampu memadamkan api neraka..

Sunday, October 17, 2010

.::Maaf::.

maaf..sesungguhnya sesuatu yang amat mudah untuk dikatakan..
tetapi susah untuk dilafazkan..
seringkali terjadi pergaduhan yang berpanjangan..
pabila hidup berlandaskan ego..
tanpa maaf..sesuatu pergaduhan pasti akan terus berlarutan..
ibarat jalan yang tidak berpenghujung..
akan terus menerus berlarutan..sehinggakan kawan boleh menjadi lawan..

adakah susah untuk meminta maaf??..
adakah perkataan maaf itu sendiri memalukan??..
adakah aku benar bersalah??..
untuk semua yang mengenali diri aku..
jika benar aku yang bersalah..dan mungkin benar aku yang bersalah..
dan sememangnya aku yang bersalah..
dalam segala hal, perbuatan, percakapan dan gurauan..
disini aku benar-benar mengatakannya..

AKU MINTA MAAF!!!..
sekarang aku mulai sedar bahawasanya tersangat2 sukar untuk menjadi seorang kawan yang digelar sebagai sahabat..
aku sedar, bukan senang untuk menjaga setiap kepingan hati yang Tuhan beri..
aku sedar, bukan semua orang boleh menerima cara kita..
aku sedar, aku tak mampu menjadi seorang kawan yang baik..
aku sedar, aku tak mampu menjadi insan yang berguna untuk semua..


MAAF!!!..
disebabkan aku..aku..aku..aku..
penyebab dan punca segala berlaku..
jika tidak dapat menerima aku kembali..
maafkan lah aku..janganlah ada tersemat dendam dihati..
aku taknak kawan2 aku menanggung dosa kerana berdendam..


HARAP MAAF..
sememangnya sukar hidup tanpa insan lain disekeliling kita..
sememangnya sukar hidup tanpa bergantungan sesama insan ciptaan Tuhan..
tapi itu hakikatnya..balasan bagi insan yang melakukan kesalahan..
dunia keseorangan itulah yang bakal dialami..



semoga berbahagia..('',)

Wednesday, October 13, 2010

.::Inikah Konflik?::.

senantiasa aku terpikir..
kenapa manusia sentiasa tidak puas ati?..
adakah disebabkan perasaan cemburu dan dengki?..
apa gunanya perasaan tersebut ada?..
kalau fungsinya utk memutuskn persahabatan dan menghancurkn manusia sendiri..
disebabkan ini, akan sentiasa munculnya konflik..
munculnya masalah..
munculnya pergaduhan..
munculnya pertelingkahan..
munculnya perang dingin sesama sendiri..
apakah yang sering dipikirkan korang?..
aku tak pernah paham..
da wujudkan masalah kenapa tidak selesaikannya?..
aku bukanlah malaikat yang diciptakan dari cahaya..
sesungguhnya aku hanya manusia biasa..
mmg aku pun ada masalah dan bnyk yg x dpt diselesaikn..
aku akui itu..tapi aku akan cuba meminta prtolongan drpd kwn..
tapi kalau korang?..cmne?..
brdiam diri??..mmg ada orang yg memilih cara ini..
boleh mmg boleh..tapi janganlah korang sampai layan kwn korg cam sampah..
kwn2 sntiasa concern..
camne korang boleh biarkan keikhlasan kwn yg risaukan korang selama nie?..
sekurang2nya salah ke kalau ckap cmni 'minta maaf, aku ada masalah sekarang ni..boleh tinggalkan aku sendirian'??..
kwn2 boleh paham punya..
ini tidak..da la tak jawab, kalau jawab pown nak xnak..
pastu blah mengatur langkah pergi..kwn2 x terasa kew cmtu?..
layanan sampah diberi sebagai balasan concern yang dberikan kwn2..
kalau masalah korang melibatkan aku..
silalah berterus terang..aku boleh pertimbangkan ..
korang bergurau kasar pown aku boleh maafkan lagi..
selipar kesayangan aku korang tendang2..sepak jauh2..
kenapa aku boleh bertegur korang lagi?..kalau nak diikutkan ati mmg nak maki hamun..
tapi bila pikir yang korg kawan aku..aku maafkan..
inikan pula ketidakpuasan ati korang..
kalau da kawan biarlah terus berkawan..
tak puas ati boleh kemukakan..slow talk..
janganlah anda melayan kawan seperti lawan..


p/s:perkara diatas sume hanyalah contoh semata2..contoh yg tidak ada kena mengena..hanya sekadar untuk renungan bersama..

Wednesday, October 6, 2010

.::Ketidakbahagiaan::.

unhappy..
Itulah yg aku dapat rasakan sekarang..
Setiap kali sahaja pasti ada masalah yang menerjah..
Sampai aku sendiri tidak pasti..
Tidak dapat dicari..
Tidak ku temui..
Dimanakah kesilapanku?..
Asal sahaja kegembiraan itu ada untukku..
Pasti ada sahaja masalah dan emosi negatif yang menyusul..
Yang dapat membuatkan diriku sebegitu lemah..
Masalah demi masalah datang melawat dalam kehidupanku..
Tiada pula yang mahu meninggalkan diriku..
Adakah aku seorang penakut?..
Seorang pengecut?..Tidak berani?..
Sentiasa lari daripada masalah yang menimpa..
Hasilnya, aku tidak dapat mengecapi 'bahagia' itu..
Aku sudah mencuba untuk menjadi yang terbaek untuk semua..
Tapi tidak pernah terdaya..
Harap maaf bagi yang terasa..
Aku hanya seorang insan yang tidak pandai berpura-pura..
Asal sahaja tidak suka atau kurang senang dengan seseorang..
Akan ku mengekpresikan melalui raut wajahku..
Mungkin itu adalah masalah yang menjadi penyebab segala masalah..
Masalah yang dapat menimbulkan segala konflik didalam perhubungan dan persahabatan..
Adakah ini kesilapannya?..
Adakah ini?..Harap maaf sekali lagi..-_-

kadang2 kita selalu tertanya-tanya,
mengapa Allah sembunyikan matahari daripada kita??..
lalu Dia turunkan hujan dan petir..
rupa-rupanya tanpa kita sedari..
sebenarnya Allah ingin memberikan kita pelangi yang indah..