Friday, July 8, 2011

.::10 Petanda Anda Wajib Kahwin::.

…..السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pernah kah anda berasa sunyi dihati walaupun dikellilingi ramai orang? hah itu dah ade tanda2 wajib kahwin tu. Jalan jalan ke blog kawan, baca tentang artikal 10 tanda wajib kahwin. Ceh kalau bab kahwin ni memang cepat je klik nak baca. oh tidak. Gatal eh. Mane ade mane ade.
Cinta bertambah indah dengan ikatan pernikahan..

10 tanda wajib kahwin..

1. Sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai orang.
“Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya; dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nur : 32)
Perasaan sunyi dan sayu merupakan sindrom paling kerap menimpa manusia yang kosong hatinya daripada mengingati Allah. Kesunyian ini bermaksud hati terasa kosong dan wujud perasaan sepi sehingga boleh membawa kepada penderitaan, kepiluan serta kesedihan. Usahkan diri mereka yang mengalaminya, orang yang melihat juga akan berasa kesedihan tersebut.
Apabila seseorang itu berasa sunyi sekalipun terdapat ramai orang di sampingnya, maka itu adalah tanda pertama bahawa dia sudah sampai waktu untuk berkahwin. Kawan yang ramai bergelak ketawa tetapi jenaka dan lelucon itu tetap tidak dapat mengubat kekosongan di hati. Ini lantaran wujud ruangan vakum yang perlu diisi oleh seseorang yang dipanggil sebagai ‘buah hati’. Apabila didatangi perasaan sunyi yang pelik ini, maka ketahuilah bahawa perkahwinan itu sudah diwajibkan bagi mencegah kejadian dan penyakit lebih berat.
Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua.” – Hadith sahih riwayat Ahmad, an-Nasa’i, at-Tirmizi, Ibn Hibban dan lain-lain.
Apabila berseorangan, manusia itu mudah terdedah kepada pelbagai godaan, pemikiran tidak tangkas, akal lemah dan mudah terperangkap oleh tipu daya syaitan. Maka ketika itu, berkahwin sudah menjadi wajib bagi menyelamatkan kehidupan. Ini kerana syaitan sentiasa mendorong manusia untuk berbuat mungkar sehingga mereka terjerumus ke dalam jurang maksiat.

2. Kehidupan yang tidak terurus.
Kehidupan sepatutnya menjadi medan untuk beramal soleh dan menunaikan kewajipan serta perintah ALLAH dengan mengikuti lunas-lunas Islam. Kehidupan memberi kita satu peluang mengumpul sebanyak mungkin pahala bagi mendapatkan ganjaran syurga. Malangnya, bagi sesetengah orang, kehidupan mereka tidak terurus. Ia boleh dilihat ketika menziarahi rumah mereka. Keadaannya bersepah, tidak kemas, makan serta pakai mereka tidak teratur sehingga mengundang pelbagai masalah sampingan. Justeru orang seperti ini perlu dikahwinkan.Perkahwinanlah yang akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab serta berkeyakinan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan juga bersistematik.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Sebaik-baik wanita yang menunggang unta salah satunya ialah wanita Quraisy yang solehah dan yang keduanya ialah wanita Quraisy yang berbuat baik kepada anak yatim yang masih kecil dan mengurus sendiri keperluan suaminya.” – Hadith sahih riwayat Muslim no. 4589.

3. Jiwa menjurus kepada lawan jantina
Pernahkah terjadi perasaan berdebar-debar dan jantung berdegup laju tatkala berada berhampiran dengan lawan jantina? Sekiranya ‘ya’ dan jika keadaan sudah menjadi parah, jangankan sesekali duduk berdekatan, cukuplah kalau hanya sekadar melihat wanita cantik atau lelaki kacak melintas di hadapan mata.
Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Maka sesiapa yang fitrahnya diarahkan kepada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk. Sesiapa yang fitrahnya terarah kepada selainnya, maka dia telah binasa.” – Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Hibban.
“Katakanlah kepada orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka…” – Surah an-Nur: 30-31
Rasulullah S.A.W. bersabda di dalam sebuah hadith qudsi yang menerangkan bahawa pandangan itu seperti panah beracun.
“Pandangan itu adalah panah beracun di antara panah iblis. Sesiapa yang meninggalkannya kerana takut kepadaKU, maka akan AKU gantikan dengan keimanan, yang ia dapatkan manisnya di dalam hatinya.” – Hadith riwayat at-Tabrani dan al-Hakim.
Jika hati atau jantung berdebar-debar sewaktu memandang lawan jantina, maka sudah pasti mereka ini termasuk di dalam golongan yang diwajibkan berkahwin.
ALLAH berfirman:
“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan Rahmat-Nya: bahawa DIA menciptakan untukmu (lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir.” – Surah ar-Rum: 21

4. Hilang fokus apabila wujud lawan jantina.
Hilang fokus atau lemah tumpuan adalah perkara normal yang berlaku kepada kebanyakan orang bujang. Keadaan ini berlaku kerana mereka kerap memikirkan berkisar tentang soal pasangan, masa depan yang tidak pasti dan persepsi daripada banyak pihak. Akibatnya, ia memberi kesan kepada tugas harian seperti mereka mudah hilang tumpuan, prestasi kerja merosot serta hasil produktiviti menurun. Mereka yang mengalami gejala hilang fokus atau lemah tumpuan ini adalah berpunca daripada faktor psikologi serta perasaan tidak stabil. Umumnya, penyakit ini disebabkan oleh kesunyian dan kekurangan cinta serta belaian kasih sayang. Jalan selamat dan ubat yang paling mujarab kepada masalah ini ialah dengan berkahwin.
“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya; mereka itu akan diberi rahmat oleh ALLAH; sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. ALLAH menjanjikan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam Syurga ‘Adn serta keredhaan daripada ALLAH yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.” – Surah at-Taubah: 71-72

5. Cemburu melihat kebahagiaan orang lain.
Perasaan cemburu atau ghirah di dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah padabahagian yang halal dan diperintahkan iaitu cemburu di dalam perkara kebaikan. Kedua ialah kepada perkara haram serta dilarang iaitu cemburu yang melampaui batas dan merosakkan. Cemburu yang melampaui batas ini disebut hasad. Perasaan hasad ini mampu menghapuskan kebaikan yang ada pada diri mereka, sebagaimana api membakar kayu kering. Inilah yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya:
“Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.” – Hadith riwayat Abu Daud.
Di dalam hadith yang lain, ada disebutkan:
“Janganlah saling hasad dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah saling bermusuhan. Hendaklah saling memaafkan dan jadilah kamu bersaudara.” – Hadith riwayat Muslim.
Berusaha menunaikan kewajipan perkahwinan jika sudah wujud perasaan cemburu dan tertekan apabila melihat kebahagiaan orang lain. Terutamanya ketika melihat kawan-kawan di sekeliling sudah pun mempunyai pasangan. Cemburu melihat orang lain berpasangan adalah isyarat bahaya bahawa perkahwinan itu perlu disegerakan. Ketahuilah bahawa perkahwinan itu sememangnya indah sehingga wajar untuk kita berasa cemburu.

6. Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak.
Ini berlaku kepada mereka yang sudah sampai seru untuk berumah tangga. Apabila perasaan keibuan atau kebapaan tumbuh di dalam sanubari, ia akan mula memainkan peranan dengan menguasai diri dan mempengaruhi segala tindak tanduk. Ini menunjukkan bahawa seseorang yang sudah sampai waktu untuk memiliki keluarga sendiri. Inilah fitrah yang sudah ditetapkan oleh ALLAH.
ALLAH berfirman:
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAHlah tempat kembali yang baik (syurga).” – Surah ali-Imran : 14
Ketika memegang kanak-kanak atau bayi, terasa berat untuk kita melepaskannya. Apabila berada berhampiran mereka, naluri keibuan atau kebapaan itu seolah-olah mendorong kita untuk merangkul, bermain, mengusik dan membelai manja serta menikmati penuh gembira senyuman yang suci bersih itu. Itulah petanda bahawa sudah tiba masanya kita bergelar ibu dan bapa.

7. Jatuh cinta pada seseorang.

Jatuh cinta merupakan fitrah setiap manusia, begitu juga dengan perasaan minat dan suka. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ALLAH telah mencipta manusia dengan fitrah sedemikian. Lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita dan begitulah juga sebaliknya. Maka,tarikan ini adalah fitrah di mana ALLAH telah menyediakan jalan keluar yang paling sempurna iaitu dengan berkahwin secara sah. Perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara lelaki dan wanita.
Ibn al-Qayyim berkata bahawa ia adalah ‘Ketetapan ALLAH dengan hikmah-Nya menciptakan makhluk dalam keadaan saling mencari yang sesuai dengannya. Secara fitrah saling tertarik dengan jenisnya. Tetapi akan menjauh daripada yang berbeza dengannya.’ Inilah ketetapan ALLAH kepada semua makhluk-Nya.
ALLAH berfirman:
“DIAlah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya, DIA menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya…” – Surah al-A’raf: 189

8. Desakan hawa nafsu
Ini selalu terjadi kepada lelaki dan wanita yang baru mencapai usia remaja. Sekiranya terdedah kepada lawan jantina, mereka akan cepat tergoda dan teruja. Bahkan, golongan dewasa yang mencapai usia pertengahan juga kerap kali mempunyai desakan ini. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor dan perkara ini perlulah diambil berat. Mereka mesti berhati-hati di dalam mengendalikan hawa nafsu tersebut kerana ia boleh mengundang pelbagai masalah dan bahaya. Jalan paling selamat bagi menangani desakan nafsu ini ialah melalui perkahwinan. Melaluinya, desakan tersebut dapat dilangsaikan menurut tatacara Islam.
Hadith ini memiliki syahid yang diriwayatkan oleh Abu Zubair. Daripada Jabir, bahawa Rasulullah S.A.W. melihat seorang wanita lalu wujud keinginan di dalam hati baginda. Lalu baginda mendatangi Zainab yang sedang membuat roti dan lantas melaksanakan hajatnya. Setelah selesai, baginda keluar dan bersabda:
“Sesungguhnya seorang wanita menghadap dengan bentuk syaitan dan mundur dengan bentuk syaitan juga. Jika ada di antara kalian melihat seorang wanita, lalu berasa ghairah, maka datangilah isterinya (salurkan kepadanya). Sebab hal itu dapat menolak penyakit yang ada dalam hatinya.” – Hadith riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Baihaqi dan Ahmad. Matan ini milik Ahmad daripada beberapa jalur yang berasal dari Abu Zubair.
Maksud ‘wanita sebagai menghadap dengan bentuk syaitan’ bukan menunjukkan satu penghinaan atau penindasan. Makna paling tepat ialah wanita itu dipergunakan oleh syaitan dengan menghiasi mereka sehingga kelihatan cantik di mata lelaki yang memandang. Hakikatnya, wanita itu biasa sahaja. Hal itu berlaku kerana syaitan menghiasi mata dengan penipuan dan godaan.

9. Beronani.
Onani atau melancap ialah perbuatan mengeluarkan air mani bukan melalui hubungan intim atau persetubuhan. Beronani adalah satu perbuatan yang dipandang sebagai dosa besar di sisi Islam.Demikian, menurut majoriti para fuqaha. Imam Syafi’e dan Imam Malik juga mengharamkan perbuatan sedemikian. Ini berdasarkan firman ALLAH S.W.T. di dalam al-Quran:
“Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Barang siapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang yang melampaui batas.” – Surah al-Mukminun: 5-7
“Hendaklah kamu berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal.” – Hadith riwayat al-Bukhari no. 5063, Muslim no. 3389, an-Nasa’i dan Ahmad.
Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa puasa berperanan untuk mencegah nafsu syahwat, bukannya merawat. Rawatan mujarab bagi penyakit ini hanyalah melalui perkahwinan.

10. Dorongan untuk melakukan hubungan intim.
Seseorang itu wajib berkahwin jika telah wujud di dalam jiwanya desakan untuk melakukan hubungan intim. Lelaki yang memiliki desakan nafsu yang kuat dibenarkan untuk berkahwin sehingga empat orang isteri pada satu masa. Ketentuan ini diperkuat lagi dengan ayat al-Quran.
ALLAH berfirman:
“…Kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil maka (kahwinilah) seorang sahaja…” – Surah an-Nisa’ : 3.
Itulah hikmah ALLAH memberi keizinan untuk berpoligami kepada suami yang memiliki kekuatan dan kemampuan yang ditetapkan oleh-Nya. Memiliki nafsu syahwat yang kuat bukanlah satu kesalahan. Sebaliknya, ia adalah kebaikan jika disalurkan pada jalan yang halal dan benar. Justeru, lelaki haruslah lebih bijak dalam menangani kemampuan ini.

dicilok dan di forward daripada:

hanya sekadar hiasan..
yang menunjukkan kebahagiaan jelas terpampang diwajah beliau..

Tuesday, February 22, 2011

.::My Hero Contest::.

buat pertama kali nya sahabat aku yang sorang nie wat contest..
dan buat kali pertama gak aku join contest2 blogger..
itu pun sebab dia kawan aku..nak memenuhi ruang contest beliau sahaja..haha
kalu orang len kate "support member"..hehe
contest yang beliau anjurkan merupakan contest berkonsepkan "siapakah hero yang bertakhta dihati anda??" atau singkatannya "My Hero"..
aku tak nak lah berbual panjang kat sini..
kita tengok eh siapa hero aku??..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
eh3??..kamen rider pulak..
nie masa kecik2 boleh lah..
scroll bawah lagi..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nie lah hero aku..
yang berbaju merah tue..
beliau merupakan abah aku yang tersayang..
kenapa aku pilih abah aku???..
kerana "beliau sangat SEMPOI dan suka buat kami sekeluarga bergelak ketawa!!"..
sempoi kan beliau??..haha
korang tengoklah sendiri gambar tu dan komen..=))

korang nak join??..mudah saja..
semua boleh join: blogger dan facebooker..
step 1 : follow blog SEDAR (wajib)
step 2 : buat entri pasal contest ni kat blog or Fb korg..
step 3 : letak gambar hero korg..
step 4 : bgtau kenapa dia tu hero korg dgn ayat sempoi ( xlebih 10 patah perkataan)
step 5 : komen kat post SEDAR dan tinggal kan url blog or Fb korg tentg contest ni.
then tag 3 org(bg yg ada blog)

kalu rasa masih blur sila ke entri berikut untuk pertanyaan lebih lanjut :
My Hero Contest Official Entri

terima kasih kepada isa kerana mengadakan contest ini..

dan sebelum aku tutup entri kali nie..
aku nak tag lah dulu kawan2 aku yang maybe buleh join contest nie yeh..
1) bubu
2) akim
3) memek

sekian terima kasih daun keladi!!!..=)



Friday, February 18, 2011

.::Cuba Try Cinta!::.

-Berbahagialah bagi mereka yang dihidupkan hatinya dengan cinta.. Namun waspadalah bagi mereka yang dibutakan hatinya dengan cinta..-

Cuba try cinta! Ha, tapi cinta yang macam mana tu agaknya?
Cinta – ibarat hembusan nafas untuk sebuah kehidupan, suatu anugerah kurniaan Ilahi. Memang dusta dikatakan jika ada insan yang menolak anugerah Allah ini. Bahkan rugilah mereka yang mensia-siakan nikmat pemberian-Nya ini, kerana cinta adalah sebahagian daripada naluri insani – ingin bercinta dan dicintai.
Tanpa cinta, seseorang itu tidak akan mampu untuk menjalani kehidupan dengan baik. Namun, persoalannya di sini, bagaimanakah caranya seseorang itu melayarkan bahtera cintanya? Adakah berdiri pada landasan yang hakiki? Jawapannya di tanganmu sendiri. Tepuk dada tanyalah iman.

Menurut kalam hukama’ : “Cintakan harta itu bakhil, cintakan wanita itu alam(dunia), cintakan diri itu bijaksana, cintakan mati itu hidup dan cintakan Ilahi itu takwa(takut)”.

Sahabatku, renunglah jauh ke dalam kalbumu, muhasabahlah dirimu kembali dan tanyalah hatimu :

'Untuk apa aku bercinta dengan seseorang yang tidak halal dan tidak syar’ie bagiku?
Cintanya hanya membuatkan fikiranku bercelaru dan langsung tidak ada manfaat untukku.

Apa yang aku dapat?
Hanya keseronokan sementara dan dosa yang kian menggunung. AstaghfiruLlah al-‘azim.
Tapi, cinta-Nya! Tiada bertepi dan tidak pernah mengecewakan. Cinta-Nya sangat membahagiakan dan menenangkan hati.

Lagipun, untuk apa aku bercinta dalam usiaku yang setahun jagung ini, (yang lebih pantas untukku menadah sebanyak mungkin ilmu berguna untuk mendewasakanku menjadi insan pencinta yang diredhai-Nya) jikalau itu hanya akan menempah siap tiket dingin dan lebih teruk lagi tiket penceraian apabila aku berumahtangga dengannya nanti.

Adakah selamanya aku boleh berbahagia dengannya? Insan boleh berubah, sedangkan Allah tetap sifat dan zat-Nya Yang Maha Agung itu. Layakkah aku menerima cinta-Nya, jika aku berterusan membiarkan diriku hanyut dalam kancah cinta buta dan tidak syar’ie ini? Mampukah aku hidup tanpa menghirup nafas cinta-Nya?’

“Sahabat, tidak malukah kamu dan tidak takutkah kamu dengan tanganmu sendiri yang digunakan untuk SMS perkara lagha itu, akan menjadi saksi perbuatanmu di akhirat nanti?
Tangan itulah nanti yang akan dicampakkan ke dalam Jahanam bersama tubuhmu!
Adakah kamu ingin telingamu pekak dan mengeluarkan nanah yang sangat busuk di akhirat nanti kerana telingamu itulah yang digunakan untuk mendengar perkara-perkara lagha?
Dan sanggupkah matamu menjadi buta dicucuk besi rendaman Jahanam, kerana pandanganmu yang tidak terjaga?”

“Insaflah wahai sahabat, selagi pintu Nasuha masih terbuka luas untukmu. Jangan sampai ajalmu sudah sampai di kerongkong, baru kamu ingin meraung, mengenangkan dosa-dosa maksiat yang telah kamu lakukan.
Masih tidak terlambat untuk berubah, tetapi kamulah sebenarnya yang melambat-lambatkan dan melengah-lengahkan waktu itu. Raihlah dan kejarlah cinta-Nya yang syumul itu biarpun terpaksa berlari untuk mendapatkannya, kerana Allah akan mendatangimu sepantas kilat sahaja. Tetapi, hakikat insani, semakin kita mengejar cintanya, semakin jauh dia lari meninggalkan kita.

Terakhir kali sahabatku, berubahlah ke arah hidup yang lebih bermakna dengan bersandarkan cinta dari-Nya. Jom try cinta ALLAH!

Tuesday, February 8, 2011

.::Enam Golongan Perempuan, Jangan Dijadikan Isteri::.

KITAB MUHIMMAH

(Disyarahkan oleh Seorang Ustaz Penceramah Bebas di Malaysia.)

Enam Golongan Perempuan, Jangan Dijadikan Isteri

1. Al -Anaanah: banyak keluh kesah.

Yg tak cukup saja, apa yg dibagi semua tak cukup. Bagi rumah tak cukup, bagi motor tak cukup, bagi kereta tak cukup, dll. Tak redha dg pembelaan dan percaturan yg suami beri. Asik nak penuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa mengira perasaan suami, tak hormat suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya nak tolong suami, apa yg suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yg tak cukup.

2. Al-Manaanah: suka mengungkit.

Kalau suami buat hal yg dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Senang sangat nak mengata pada suami: tak kenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Padahal suami sudah memberi pembelaan macam2 padanya.

3. Al -Hunaanah: ingin pada suami yg lain atau berkenan kpd lelaki yg lain.

Suka sangat membanding-bandingkan suaminya dg suami/lelaki lain. Tak redha dg suami yg ada.

4. Al- Hudaaqah: suka memaksa.

Bila nak sesuatu maka dipaksa suaminya berbuat. Pagi, petang malam asik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dg berbagai ugutan: nak lari, nak bunuh diri, nak malukan suami, dll. Suami tu dibuat macam hamba dia sahaja, bukan sebagai pemimpinnya. Yg dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia sahaja.

5. Al -Hulaaqah: sibuk bersolek atau tidur atau merayau dll.

sibuk bersolek atau tidur atau merayau dll hingga lalai dg ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dg anak2, dll.

6. As-Salaaqah: banyak bercakap, berleter sahaja.

Siang malam, pagi petang asik berleter sahaja. Apa sahaja yg suami buat asik tak betul sahaja. Zaman sekarang ni berleter bukan saja bercakap depan suami, tapi dgn telefon, SMS, internet dan macam2 caralah. Yg jelas isteri tu asik menyusahkan suami dg kata2nya yg menyakitkan.


Kalau perempuan ini belum jadi isteri tuan-tuan, eloklah jangan ambil dia jadi isteri. Kalau dah terlanjur jadi isteri, didiklah dia sampai waktu tertentu. Kalau masih mampu nak didik, teruskanlah perkahwinan, kalau dah tak mampu, lebih baik berpisah dg baik.

Apa nak jadi dg keluarga haru-biru begini? Suami asik terganggu dan tertekan, isteri pula asik menggemukkan nafsunya. Tak mungkin ada kebahagiaan, mawaddah wa rahmah jauh sekali. Keluarga macam neraka sebelum neraka. Anak2 boleh jadi mangsa. Kepimpinan suami juga terjejas, dayuslah namanya. Anak2 boleh hilang hormat kpd ayah dan ibunya. Lebih malang lagi, mereka pun akan terbentuk dg kehancuran keluarga itu, samada langsung atau tidak langsung.

Keluarga itu tapak perjuangan, kalau haru-biru, penuh mazmumah, macamana nak jadi tapak?

Keluarga itu tempat hiburan dan kerehatan. Kalau isteri asik berleter, nak terhibur dan berehat macamana?

Keluarga itu masjid mengingati Allah. Kalau isteri asik lalai dg ibadah asas, masa bila nak ingat Allah?

Keluarga itu sumber ilham dan ilmu. Kalau isteri asik buat dosa dan maksiat, adakah ilham dan ilmu yg Allah turunkan?

Cubalah fikir dan renungkan, wahai para wanita, anda jenis wanita yang mana? Suami2 pula, sudahkah bersedia utk menjadi pendidik yg sabar dan bijaksana?

Bagaimanapun, Allah Maha Adil. Lelaki yg baik utk wanita yg baik. Begitu juga sebaliknya. Suami soleh utk isteri yg solehah. Isteri fasik utk suami yg fasik juga.

Bagaimana dg suami yg berpoligami? Kalau suaminya jenis baik, apakah semua isteri automatik baik? Kalau suami jahat apakah automatik semua isterinya jahat? Bagaimana dg Firaun yg isterinya ialah Asiah (seorang wanita solehah)? Bagaimana dg Nabi Luth yg isterinya adalah penyokong kaum homoseks yg dilaknat?


ingatlah saudara saudari..insan yang cemerlang datangnya daripada akal dengan hati yang tenang dan jiwa yang mantap..renung2kan dan selamat beramal..