Tuesday, February 22, 2011

.::My Hero Contest::.

buat pertama kali nya sahabat aku yang sorang nie wat contest..
dan buat kali pertama gak aku join contest2 blogger..
itu pun sebab dia kawan aku..nak memenuhi ruang contest beliau sahaja..haha
kalu orang len kate "support member"..hehe
contest yang beliau anjurkan merupakan contest berkonsepkan "siapakah hero yang bertakhta dihati anda??" atau singkatannya "My Hero"..
aku tak nak lah berbual panjang kat sini..
kita tengok eh siapa hero aku??..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
eh3??..kamen rider pulak..
nie masa kecik2 boleh lah..
scroll bawah lagi..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nie lah hero aku..
yang berbaju merah tue..
beliau merupakan abah aku yang tersayang..
kenapa aku pilih abah aku???..
kerana "beliau sangat SEMPOI dan suka buat kami sekeluarga bergelak ketawa!!"..
sempoi kan beliau??..haha
korang tengoklah sendiri gambar tu dan komen..=))

korang nak join??..mudah saja..
semua boleh join: blogger dan facebooker..
step 1 : follow blog SEDAR (wajib)
step 2 : buat entri pasal contest ni kat blog or Fb korg..
step 3 : letak gambar hero korg..
step 4 : bgtau kenapa dia tu hero korg dgn ayat sempoi ( xlebih 10 patah perkataan)
step 5 : komen kat post SEDAR dan tinggal kan url blog or Fb korg tentg contest ni.
then tag 3 org(bg yg ada blog)

kalu rasa masih blur sila ke entri berikut untuk pertanyaan lebih lanjut :
My Hero Contest Official Entri

terima kasih kepada isa kerana mengadakan contest ini..

dan sebelum aku tutup entri kali nie..
aku nak tag lah dulu kawan2 aku yang maybe buleh join contest nie yeh..
1) bubu
2) akim
3) memek

sekian terima kasih daun keladi!!!..=)



Friday, February 18, 2011

.::Cuba Try Cinta!::.

-Berbahagialah bagi mereka yang dihidupkan hatinya dengan cinta.. Namun waspadalah bagi mereka yang dibutakan hatinya dengan cinta..-

Cuba try cinta! Ha, tapi cinta yang macam mana tu agaknya?
Cinta – ibarat hembusan nafas untuk sebuah kehidupan, suatu anugerah kurniaan Ilahi. Memang dusta dikatakan jika ada insan yang menolak anugerah Allah ini. Bahkan rugilah mereka yang mensia-siakan nikmat pemberian-Nya ini, kerana cinta adalah sebahagian daripada naluri insani – ingin bercinta dan dicintai.
Tanpa cinta, seseorang itu tidak akan mampu untuk menjalani kehidupan dengan baik. Namun, persoalannya di sini, bagaimanakah caranya seseorang itu melayarkan bahtera cintanya? Adakah berdiri pada landasan yang hakiki? Jawapannya di tanganmu sendiri. Tepuk dada tanyalah iman.

Menurut kalam hukama’ : “Cintakan harta itu bakhil, cintakan wanita itu alam(dunia), cintakan diri itu bijaksana, cintakan mati itu hidup dan cintakan Ilahi itu takwa(takut)”.

Sahabatku, renunglah jauh ke dalam kalbumu, muhasabahlah dirimu kembali dan tanyalah hatimu :

'Untuk apa aku bercinta dengan seseorang yang tidak halal dan tidak syar’ie bagiku?
Cintanya hanya membuatkan fikiranku bercelaru dan langsung tidak ada manfaat untukku.

Apa yang aku dapat?
Hanya keseronokan sementara dan dosa yang kian menggunung. AstaghfiruLlah al-‘azim.
Tapi, cinta-Nya! Tiada bertepi dan tidak pernah mengecewakan. Cinta-Nya sangat membahagiakan dan menenangkan hati.

Lagipun, untuk apa aku bercinta dalam usiaku yang setahun jagung ini, (yang lebih pantas untukku menadah sebanyak mungkin ilmu berguna untuk mendewasakanku menjadi insan pencinta yang diredhai-Nya) jikalau itu hanya akan menempah siap tiket dingin dan lebih teruk lagi tiket penceraian apabila aku berumahtangga dengannya nanti.

Adakah selamanya aku boleh berbahagia dengannya? Insan boleh berubah, sedangkan Allah tetap sifat dan zat-Nya Yang Maha Agung itu. Layakkah aku menerima cinta-Nya, jika aku berterusan membiarkan diriku hanyut dalam kancah cinta buta dan tidak syar’ie ini? Mampukah aku hidup tanpa menghirup nafas cinta-Nya?’

“Sahabat, tidak malukah kamu dan tidak takutkah kamu dengan tanganmu sendiri yang digunakan untuk SMS perkara lagha itu, akan menjadi saksi perbuatanmu di akhirat nanti?
Tangan itulah nanti yang akan dicampakkan ke dalam Jahanam bersama tubuhmu!
Adakah kamu ingin telingamu pekak dan mengeluarkan nanah yang sangat busuk di akhirat nanti kerana telingamu itulah yang digunakan untuk mendengar perkara-perkara lagha?
Dan sanggupkah matamu menjadi buta dicucuk besi rendaman Jahanam, kerana pandanganmu yang tidak terjaga?”

“Insaflah wahai sahabat, selagi pintu Nasuha masih terbuka luas untukmu. Jangan sampai ajalmu sudah sampai di kerongkong, baru kamu ingin meraung, mengenangkan dosa-dosa maksiat yang telah kamu lakukan.
Masih tidak terlambat untuk berubah, tetapi kamulah sebenarnya yang melambat-lambatkan dan melengah-lengahkan waktu itu. Raihlah dan kejarlah cinta-Nya yang syumul itu biarpun terpaksa berlari untuk mendapatkannya, kerana Allah akan mendatangimu sepantas kilat sahaja. Tetapi, hakikat insani, semakin kita mengejar cintanya, semakin jauh dia lari meninggalkan kita.

Terakhir kali sahabatku, berubahlah ke arah hidup yang lebih bermakna dengan bersandarkan cinta dari-Nya. Jom try cinta ALLAH!

Tuesday, February 8, 2011

.::Enam Golongan Perempuan, Jangan Dijadikan Isteri::.

KITAB MUHIMMAH

(Disyarahkan oleh Seorang Ustaz Penceramah Bebas di Malaysia.)

Enam Golongan Perempuan, Jangan Dijadikan Isteri

1. Al -Anaanah: banyak keluh kesah.

Yg tak cukup saja, apa yg dibagi semua tak cukup. Bagi rumah tak cukup, bagi motor tak cukup, bagi kereta tak cukup, dll. Tak redha dg pembelaan dan percaturan yg suami beri. Asik nak penuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa mengira perasaan suami, tak hormat suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya nak tolong suami, apa yg suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yg tak cukup.

2. Al-Manaanah: suka mengungkit.

Kalau suami buat hal yg dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Senang sangat nak mengata pada suami: tak kenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Padahal suami sudah memberi pembelaan macam2 padanya.

3. Al -Hunaanah: ingin pada suami yg lain atau berkenan kpd lelaki yg lain.

Suka sangat membanding-bandingkan suaminya dg suami/lelaki lain. Tak redha dg suami yg ada.

4. Al- Hudaaqah: suka memaksa.

Bila nak sesuatu maka dipaksa suaminya berbuat. Pagi, petang malam asik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dg berbagai ugutan: nak lari, nak bunuh diri, nak malukan suami, dll. Suami tu dibuat macam hamba dia sahaja, bukan sebagai pemimpinnya. Yg dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia sahaja.

5. Al -Hulaaqah: sibuk bersolek atau tidur atau merayau dll.

sibuk bersolek atau tidur atau merayau dll hingga lalai dg ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dg anak2, dll.

6. As-Salaaqah: banyak bercakap, berleter sahaja.

Siang malam, pagi petang asik berleter sahaja. Apa sahaja yg suami buat asik tak betul sahaja. Zaman sekarang ni berleter bukan saja bercakap depan suami, tapi dgn telefon, SMS, internet dan macam2 caralah. Yg jelas isteri tu asik menyusahkan suami dg kata2nya yg menyakitkan.


Kalau perempuan ini belum jadi isteri tuan-tuan, eloklah jangan ambil dia jadi isteri. Kalau dah terlanjur jadi isteri, didiklah dia sampai waktu tertentu. Kalau masih mampu nak didik, teruskanlah perkahwinan, kalau dah tak mampu, lebih baik berpisah dg baik.

Apa nak jadi dg keluarga haru-biru begini? Suami asik terganggu dan tertekan, isteri pula asik menggemukkan nafsunya. Tak mungkin ada kebahagiaan, mawaddah wa rahmah jauh sekali. Keluarga macam neraka sebelum neraka. Anak2 boleh jadi mangsa. Kepimpinan suami juga terjejas, dayuslah namanya. Anak2 boleh hilang hormat kpd ayah dan ibunya. Lebih malang lagi, mereka pun akan terbentuk dg kehancuran keluarga itu, samada langsung atau tidak langsung.

Keluarga itu tapak perjuangan, kalau haru-biru, penuh mazmumah, macamana nak jadi tapak?

Keluarga itu tempat hiburan dan kerehatan. Kalau isteri asik berleter, nak terhibur dan berehat macamana?

Keluarga itu masjid mengingati Allah. Kalau isteri asik lalai dg ibadah asas, masa bila nak ingat Allah?

Keluarga itu sumber ilham dan ilmu. Kalau isteri asik buat dosa dan maksiat, adakah ilham dan ilmu yg Allah turunkan?

Cubalah fikir dan renungkan, wahai para wanita, anda jenis wanita yang mana? Suami2 pula, sudahkah bersedia utk menjadi pendidik yg sabar dan bijaksana?

Bagaimanapun, Allah Maha Adil. Lelaki yg baik utk wanita yg baik. Begitu juga sebaliknya. Suami soleh utk isteri yg solehah. Isteri fasik utk suami yg fasik juga.

Bagaimana dg suami yg berpoligami? Kalau suaminya jenis baik, apakah semua isteri automatik baik? Kalau suami jahat apakah automatik semua isterinya jahat? Bagaimana dg Firaun yg isterinya ialah Asiah (seorang wanita solehah)? Bagaimana dg Nabi Luth yg isterinya adalah penyokong kaum homoseks yg dilaknat?


ingatlah saudara saudari..insan yang cemerlang datangnya daripada akal dengan hati yang tenang dan jiwa yang mantap..renung2kan dan selamat beramal..

Thursday, February 3, 2011

.::Hantu Kak Limah Balik Rumah::.




penantian suatu penyeksaan..
tapi penyeksaan kali ini amat2lah berbaloi dengan penantiannya..
akhirnya download link untuk Hantu Kak Limah Balik Rumah telahpun ada..
dipersilakan kawan2 untuk mendownload cerita sensasi ini ya..

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Genre: Comedy | Horror
Language: Malay
Subtitle: None

SYNOPSIS

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Jabit, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.
Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.
Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah..

SCREENSHOT

Download :
Hantu Kak Limah Balik Rumah (800Mb)
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5

nak saiz kecik sikit??..ada punya..
Hantu Kak Limah Balik Rumah (321Mb)
Part 1
Part 2

credit to smartiesrelease

Monday, January 31, 2011

.::Bicara Hati::.

cuti sempena hari perayaan cina dah bermula..
dan saya pun sudah selamat berada dirumah..3 hari sudah berlalu..
tapi..masih terpikir2 lagi tentang kepulangan saya kali ini..
kepulangan yang diiringi tangisan sang awan..
adakah sang awan dapat merasakan hatiku??..haha, x mungkin..
sang awan menangis begitu lama kali ini..
jika dikira2 tepat 3 hari..dan kini baru berhenti..

tangisan (hujan) tanpa henti daripada sang awan membuatkan saya terpikir..
kenapa diturunkan hujan kebumi bertuah ini??..
dan jawapan tepatnya, hujan adalah rahmat..
selain itu, persahabatan ataupun ukhwah manusia itu juga adalah rahmat..

menangisnya sang awan, kelihatan..
tapi menangisnya hati kecil??..tidak siapa peduli..
begitulah keadaannya hati yang teraniaya..
teraniaya dengan sikap manusia..
mengapa dirikan persahabatan kalau untuk dirobohkan??..
kenapa mencari kawan hanya sekadar untuk dibuang??..

pasti jawapan anda : manusia tidak sempurna..bukan??..
memang manusia tidak sempurna..
tapi kenapa tidak anda mencuba untuk mendirikannya semula??..
membina kembali ukhwah yang pernah terjalin??..

kalau ada salah, terus terang..jangan diam dan terus buang kawan tanpa pengetahuan kawan itu sendiri..
dimana kata2 nukilan nenek moyang kita??..
"saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan"??..
kenapa taknak tunjukkan kalau ada salah?..

kalau rasa dah benci dan tak suka..dipersilakan cakap..
jangan tiba2 buang kawan dan menunjukkan sifat hipokrit anda..
melayan baik kawan yang anda benci seolah2 anda seorang yang baik..
jika kawan tau anda membencinya, sekurang2nya dia takkan melakukan perkara yang membuatkan anda semakin membencinya..
susah sangat ke??..perlu ke menunjukkan hipokrit anda tu??..

ingatlah..jika anda membuang kawan tidak semena2nya..
itu sudah membuktikan anda telah memutuskan ukhwah diantara manusia..
itu juga bermakna anda tidak bersyukur atas rahmat yang diberi..
ingatlah..dan saling berpesan2lah..

jika itu yang anda lakukan kepada kawan kamu sekarang..
cuba bayangkan perkara itu berulang dan berlaku kepada kamu kelak??..
dibuang, dipulaukan..apa perasaan kamu??..
saya harap itu tidak akan pernah berlaku..InsyaAllah..

Saturday, January 15, 2011

.::Can You Feel The Love Tonight?::.

There's a calm surrender to the rush of day..
When the heat of a rolling wind can be turned away..
An enchanted moment, and it sees me through..
Its enough for this restless warrior just to be with you..

And can you feel the love tonight?..
It is where we are..
Its enough for this wide-eyed wanderer..
That we got this far..
And can you feel the love tonight?..
How its laid to rest..
Its enough to make kings and vagabonds..
Believe the very best..

Theres a time for everyone if they only learn..
That the twisting kaleidoscope moves us all in turn..
Theres a rhyme and reason to the wild outdoors..
When the heart of this star-crossed voyager beats in time with yours..

can you feel the love?..

Tuesday, January 11, 2011

.::Hanyut::.

Lirik Hanyut – Faizal Tahir

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Ulang Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

- Dengar Lagu -

Faizal Tahir merupakan superman Malaysia suatu ketika dahulu..tapi apa2 hal, lagu-lagu dia semua best dan menyeronokkan..go go go Faizal Tahir..