Friday, October 22, 2010

.::Destinasi Cinta::.

Ku menyingkap tirai hati, mengintai keampunan..
Di halaman subur rahmatMu, Tuhan..
Tiap jejak nan bertapak, debu kejahilan..
Akan ku jirus dengan madu keimanan..

Tak ternilai airmata dengan permata..
Yang bisa memadamkan api neraka..
Andai benar mengalir dari nasuha nurani..
Tak kan berpaling pada palsu duniawi..

Destinasi cinta yang ku cari..
Sebenarnya terlalu hampir..
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati..
Telah ku redah daerah cinta..
Yang lahir dari wadah yang alpa..
Tiada tenang ku temui..
Hanya kecewa menyelubungi..

Ku gelintar segenap maya..
Dambakan sebutir hakikat..
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat..
Moga dapat ku berteduh di rendang kasihMu..

Namun ranjaunya tidak akan sunyi..
Selagi denyut nadi belum berhenti..
Durjana syaitan kan cuba menodai..
Segumpal darah bernama hati..
Sepanjang ke destinasi cinta Ilahi..

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku..
Leraikan aku dari pautan nafsu..
Biarpun sukar bagiku melamar redhaMu..
Namun masihku mengharap ampunanMu..
Wahai Tuhanku, Ya Allah..


jatuhnya airmata kerana Allah..merupakan suatu yang suci..tidak ternilai berbanding dengan permata..dan mampu memadamkan api neraka..

Sunday, October 17, 2010

.::Maaf::.

maaf..sesungguhnya sesuatu yang amat mudah untuk dikatakan..
tetapi susah untuk dilafazkan..
seringkali terjadi pergaduhan yang berpanjangan..
pabila hidup berlandaskan ego..
tanpa maaf..sesuatu pergaduhan pasti akan terus berlarutan..
ibarat jalan yang tidak berpenghujung..
akan terus menerus berlarutan..sehinggakan kawan boleh menjadi lawan..

adakah susah untuk meminta maaf??..
adakah perkataan maaf itu sendiri memalukan??..
adakah aku benar bersalah??..
untuk semua yang mengenali diri aku..
jika benar aku yang bersalah..dan mungkin benar aku yang bersalah..
dan sememangnya aku yang bersalah..
dalam segala hal, perbuatan, percakapan dan gurauan..
disini aku benar-benar mengatakannya..

AKU MINTA MAAF!!!..
sekarang aku mulai sedar bahawasanya tersangat2 sukar untuk menjadi seorang kawan yang digelar sebagai sahabat..
aku sedar, bukan senang untuk menjaga setiap kepingan hati yang Tuhan beri..
aku sedar, bukan semua orang boleh menerima cara kita..
aku sedar, aku tak mampu menjadi seorang kawan yang baik..
aku sedar, aku tak mampu menjadi insan yang berguna untuk semua..


MAAF!!!..
disebabkan aku..aku..aku..aku..
penyebab dan punca segala berlaku..
jika tidak dapat menerima aku kembali..
maafkan lah aku..janganlah ada tersemat dendam dihati..
aku taknak kawan2 aku menanggung dosa kerana berdendam..


HARAP MAAF..
sememangnya sukar hidup tanpa insan lain disekeliling kita..
sememangnya sukar hidup tanpa bergantungan sesama insan ciptaan Tuhan..
tapi itu hakikatnya..balasan bagi insan yang melakukan kesalahan..
dunia keseorangan itulah yang bakal dialami..



semoga berbahagia..('',)

Wednesday, October 13, 2010

.::Inikah Konflik?::.

senantiasa aku terpikir..
kenapa manusia sentiasa tidak puas ati?..
adakah disebabkan perasaan cemburu dan dengki?..
apa gunanya perasaan tersebut ada?..
kalau fungsinya utk memutuskn persahabatan dan menghancurkn manusia sendiri..
disebabkan ini, akan sentiasa munculnya konflik..
munculnya masalah..
munculnya pergaduhan..
munculnya pertelingkahan..
munculnya perang dingin sesama sendiri..
apakah yang sering dipikirkan korang?..
aku tak pernah paham..
da wujudkan masalah kenapa tidak selesaikannya?..
aku bukanlah malaikat yang diciptakan dari cahaya..
sesungguhnya aku hanya manusia biasa..
mmg aku pun ada masalah dan bnyk yg x dpt diselesaikn..
aku akui itu..tapi aku akan cuba meminta prtolongan drpd kwn..
tapi kalau korang?..cmne?..
brdiam diri??..mmg ada orang yg memilih cara ini..
boleh mmg boleh..tapi janganlah korang sampai layan kwn korg cam sampah..
kwn2 sntiasa concern..
camne korang boleh biarkan keikhlasan kwn yg risaukan korang selama nie?..
sekurang2nya salah ke kalau ckap cmni 'minta maaf, aku ada masalah sekarang ni..boleh tinggalkan aku sendirian'??..
kwn2 boleh paham punya..
ini tidak..da la tak jawab, kalau jawab pown nak xnak..
pastu blah mengatur langkah pergi..kwn2 x terasa kew cmtu?..
layanan sampah diberi sebagai balasan concern yang dberikan kwn2..
kalau masalah korang melibatkan aku..
silalah berterus terang..aku boleh pertimbangkan ..
korang bergurau kasar pown aku boleh maafkan lagi..
selipar kesayangan aku korang tendang2..sepak jauh2..
kenapa aku boleh bertegur korang lagi?..kalau nak diikutkan ati mmg nak maki hamun..
tapi bila pikir yang korg kawan aku..aku maafkan..
inikan pula ketidakpuasan ati korang..
kalau da kawan biarlah terus berkawan..
tak puas ati boleh kemukakan..slow talk..
janganlah anda melayan kawan seperti lawan..


p/s:perkara diatas sume hanyalah contoh semata2..contoh yg tidak ada kena mengena..hanya sekadar untuk renungan bersama..

Wednesday, October 6, 2010

.::Ketidakbahagiaan::.

unhappy..
Itulah yg aku dapat rasakan sekarang..
Setiap kali sahaja pasti ada masalah yang menerjah..
Sampai aku sendiri tidak pasti..
Tidak dapat dicari..
Tidak ku temui..
Dimanakah kesilapanku?..
Asal sahaja kegembiraan itu ada untukku..
Pasti ada sahaja masalah dan emosi negatif yang menyusul..
Yang dapat membuatkan diriku sebegitu lemah..
Masalah demi masalah datang melawat dalam kehidupanku..
Tiada pula yang mahu meninggalkan diriku..
Adakah aku seorang penakut?..
Seorang pengecut?..Tidak berani?..
Sentiasa lari daripada masalah yang menimpa..
Hasilnya, aku tidak dapat mengecapi 'bahagia' itu..
Aku sudah mencuba untuk menjadi yang terbaek untuk semua..
Tapi tidak pernah terdaya..
Harap maaf bagi yang terasa..
Aku hanya seorang insan yang tidak pandai berpura-pura..
Asal sahaja tidak suka atau kurang senang dengan seseorang..
Akan ku mengekpresikan melalui raut wajahku..
Mungkin itu adalah masalah yang menjadi penyebab segala masalah..
Masalah yang dapat menimbulkan segala konflik didalam perhubungan dan persahabatan..
Adakah ini kesilapannya?..
Adakah ini?..Harap maaf sekali lagi..-_-

kadang2 kita selalu tertanya-tanya,
mengapa Allah sembunyikan matahari daripada kita??..
lalu Dia turunkan hujan dan petir..
rupa-rupanya tanpa kita sedari..
sebenarnya Allah ingin memberikan kita pelangi yang indah..

Sunday, October 3, 2010

.::Erti Syukur::.

Lafazkan Kalimah Syukur..
Lafazkan Kalimah Itu..
Alhamdulillah..

Segalanya yang ku kecapi..
Adalah milikMu Ilahi..
Tuhan Maha Pemurah..
Takkan terbalas walaupun sebesar zarah..

Kenikmatan yang bertandang terkadang tidak dihiraukan..
Terlepas dari pandangan dan bila hilang barulah dikesalkan..

Adakalanya, aku hanyut..
Adakalanya, aku lupa..
Adakalanya, aku leka..
Ampunilah aku, Ya ALLAH!..
Kerana aku manusia..
Lemah dan tidak berdaya di sisimu..
Seringkali terlupa nikmatMu..
Yang datang tiada jemu..

Bila terhimpit, mulalah mencari dan menyebut namamu..
Barulah merasai makna sebenar Erti Syukur..
Syukur atas RahmatMu..

Adakala ku Hanyut..
Adakala ku Lupa..
Adakala ku Leka..
Dan adakala ku Alpa..
Kerana ku manusia..
Lemah dan tak berdaya..
Seringkali terlupa nikmat yang kau kurnia..

Ku berSyukur Ya Tuhan!, segala pemberian..
Walau luas lautan bukanlah perbandingan..
Ku tingkat Keimanan, ku gilap Ketaqwaan..
Sebagai perlambangan, Terima Kasih ku Tuhan!..

Onak duri kehidupan..
Jatuh bangun sendirian..
Ada hikmah yang tersimpan..
Yang menguji iman..

BerSyukurlah selalu..
Sentiasalah redha dan menerima..
Tiap ujian tiba bukan diminta..
Sebaliknya, Allah Maha Mengetahui..

Kan ku bertasbih selalu..Insyaallah..
Bertahmid berzikir padamu..
Sebagai tanda ku nilai rahmatmu Tuhan!..

Aku berSyukur Ya Allah!..
Segala pemberianmu pada ku..
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya..
Memang tiada bandingan..

Segalanya yang ku kecapi..
Adalah milikMu Ilahi..
Tuhan Maha Pemurah..
Bukan milikku, hanyalah pinjaman sementara..
Syukur Alhamdulillah..

Sesungguhnya Solatku, Amalku ,Hidupku, Matiku..
Kerna Allah Yang Satu..
Kuserahkan segala harta, jiwa dan raga..
Sebagai tanda cinta kepadamu Yang Esa..


syukur Alhamdulillah..
Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin..