Thursday, September 30, 2010

.::Permata Yang Dicari::.

Hadirnya tanpa kusedari..
Menggamit kasih cinta bersemi..
Hadir cinta insan pada ku ini..
Anugerah kurniaan ILAHI..

Lembut tutur bicaranya..
Menarik hatiku untuk mendekatinya..
Kesopanannya memikat di hati..
Mendamaikan jiwaku yang resah ini..

Ya ALLAH! jika dia benar untukku..
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku..
Jika dia bukan milik ku..
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu..

Dialah permata yang dicari..
Selama ini baru ku temui..
Tapi ku tak pasti rencana ILAHI..
Adakah dia kan ku miliki??..

Tidak sekali di nodai nafsu
Akan ku batasi dengan syariatMu..
Jika dirinya bukan untukku..
Redha hatiku dengan ketentuanMu..

Ya ALLAH! Engkaulah tempat ku bergantung harapan ku..
Ku harap diriku sentiasa di bawah rahmatMU..


Ya ALLAH! jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku..
Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu..

Tuesday, September 28, 2010

.::Demi Cinta Suci::.

Pernah hatiku luka pedih..
Kerana dicalari cinta penuh duri..
Lemas aku dalam dilema..
Kata janji manis sungguh tak bermakna..

Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih..
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami..
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa..
Kau sebutir pasir tak berharga..

Demi cinta yang suci..
Ku rela korbankan kepentingan diri..
Demi sinar bahagia..
Ku hambakan diri padaNya yang Esa..

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci..
Tiada terbanding dengan cinta yang Kau beri..
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya..
Menyubur iman di dalam jiwa..

Demi cinta yang suci..
Ku rela korbankan kepentingan diri..
Demi sinar bahagia..
Ku hambakan diri padaNya yang Esa..
Demi cinta hakiki..
Ku sanggup redahi apa yang terjadi..

Apalah erti cinta suci??..
Andai janji-janji sering dimungkiri..
Apalah erti cinta murni??..
Andai kata-kata sering didustai..


cinta pada bunga, bunga akan layu..
cinta pada manusia, manusia akan mati..
TAPI cinta pada ALLAH adalah cinta yang kekal abadi..

Saturday, September 25, 2010

.::Doaku Untukmu Sahabatku::.

berdoalah kamu untuk kesejahteraan sahabatmu..ketahuilah bahawasanya doa kita untuk orang lain adalah lebih tinggi darjatnya disisi Allah s.w.t.


Ali dan Ahmad merupakan orang yg hidup dalam serba kekurangan..
Mereka berdua berkawan baik..
Setiap kali selepas sehari berusaha mencari rezeki, mereka akan singgah ke masjid dan berdoa..
Ahmad bertanya, "Kau berdoa apa hari ini Ali?"..
Ali menjawab, "Aku berdoa agar dikurniakan rezeki yg lebih, bulan ini perbelanjaanku lebih dari biasa...engkau pula berdoa apa?..
Ahmad hanya tersenyum tanpa jawapan..
Keesokannya, Ali memberitahu Ahmad doanya makbul kerana majikannya memberikan bonus..
Ali berkata, "Harini aku ingin berdoa semoga isteriku selamat bersalin."..
Kemudian mereka berdua pun masuk kedalam masjid dan berdoa..
Selesai berdoa, Ali bertanya kepada Ahmad apa yang dia berdoa pada hari ini tetapi Ahmad masih lagi tersenyum, masih tiada jawapan..
Beberapa hari kemudian Ali memberitahu Ahmad bahawa isterinya selamat bersalin..
Katanya, "Tidak sangka doaku sangat makbul, Alhamdulillah."..
Ahmad berkata, "Tahniah Ali, aku harap anakku sembuh dari penyakitnya."..
Ali bertanya, "Kenapa dengan anak kau?"..
"Anakku sakit tenat beberapa hari ini, aku bimbang Ali."..
Ali berkata, "Kau jangan risau, doalah kuat2 sikit."..
Kemudian keduanya masuk ke masjid..
Beberapa hari kemudian Ali bertanya, "Bagaimana keadaan anak kau Ahmad?"..
"Macamtu saja, tidak berlaku banyak perubahan."..
"Aku tidak sangka doaku sangat makbul tetapi kau...."
Ahmad bertanya, "Kenapa dengan aku?"..
Ali menjawab, "Aku lihat doamu tidak makbul Ahmad."..
Ahmad tersenyum....
Ali pun menjadi hairan lantas bertanya, "Doamu tidak makbul tetapi kau masih tersenyum?".. Ahmad menjawab, "Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan Allah, Alhamdulillah."..
Kemudian Ali berkata, "Tetapi tidak melihat sebarang perubahan pada diri kau."..
Ahmad tersenyum dan berkata, "Doaku sejak dari dulu hanyalah untukmu wahai sahabatku.. Aku berdoa agar Allah memakbulkan setiap doa yang engkau pinta kepadaNya."..

Semoga mendapat iktibar..
Ketahuilah doa kita untuk orang lain itu lebih tinggi disisi Allah..
Selamat berdoa.....(^_^)

Dipetik dan diubahsuai dari Majalah Solusi isu 22,Doa,Mustajab atau Terhijab..

Friday, September 24, 2010

.::I Can't::.

I tried to move on..I really did..
I tried to tell myself that you don’t want me and I can’t have you anymore..
I tried so hard, but how can you let go of the only person who makes you happy??..
The only person who makes you feel alive??..
The only reason you’re still here??..
You just can’t let go of someone like that..

i'm so lonely..
i can't live without ur smile..

Wednesday, September 22, 2010

.::Inclined Group Activities::.

Antara aktiviti2 Kumpulan Inclined sepanjang Ramadhan yang mulia dan Syawal yang bahagia..
lihatlah karenah2 kami yang pelbagai ini..
jangan terperanjat ye kawan2..^_^

Bilik Terbuka Anjuran MuzTang

majlis bilik terbuka yang dianjurkan oleh Muz dan Tang..
event diadakan dibilik Muz..
menu yang ada pula kerepek pelbagai jenis, kuih raya pelbagai rasa dan air pelbagai warna..
manakala menu utama adalah LEMANG bersama RENDANG AYAM..
merupakan menu yang menjadi rebutan..
saksikanlah!!!..

tatkala lemang baru sahaja dikeluarkan dari buluhnya..
sudah ada yang menunggu untuk memakannya..(itulah Muz)

keadaan lemang yang belum dipotong kecil2..
itupun dah ada yang tak sabar..

pembahagian tugas untuk memotong lemang tersebut..
tapi tiada siapa yang reti..


akibatnya, berlakulah pertelingkahan siapa yang akan memotong lemang tersebut??..
masing2 da lapar..tau nak makan jewk..


akhirnya, aku merelakan diri untuk memotong lemang tersebut..
i am the savior that night..haha


proses memotong lemang berjalan ngan lancar nampaknya..


ada yang sabar menunggu..


ada juga yang tersenyum riang..

setelah lemang siap dipotong2..
Muz adalah orang yang merasmikan majlis tersebut..


amboi!!!..sedapnya makan..
betul2 menghayati tu..


cicah ngan rendang lagi sedap kan??..


kan tang tersenyum riang lagi..
dah kenyang la katakan..

barisan yang menjayakan majlis..
Muz - Khai - Bubu

p/s: dimana ahli yang lain??..
Tang jadi cameraman..
Ben datang lambat kemajlis..
yang lain taknak bergambar bersama lemang..XP

Majlis Berbuka Puasa Inclined (KFC)

sebelum masing2 pulang ke kampung halaman untuk beraya..
Inclined sempat mengadakan majlis berbuka beramai2 direstoran yang terpilih..
yelah, nk mintak maaf dulu sebelum balik kan??..
disamping merapatkan lagi hubungan ahli2 Inclined..
so..zazzzzzzzzzzz...

SATU Inclined..


DUA Inclined..


TIGA Inclined..


makanan telah pun tersedia..
tapi lambat lagi masa untuk berbuka..


oleh itu, perbincangan pun diadakan..
masa berlalu pun takkan terasa kan??..


tapi masih ada juga yang tidak sabar menunggu..
maklumlah puasa..penat sangat kowt..XP


setelah habis berbuka..
habis Solat Maghrib..
bnyak lagi aktiviti selepas itu..
tapi tiada gambar untuk aktiviti tersebut..
harap maklum..


PEACE!!!

.::Remaja::.

Remaja!
Ingatlah masa depan mu..
Janganlah kau terleka..
Di usia remaja..

Kenanglah!
Jasa ibu dan ayah mu..
Susah payah mereka..
Membesarkan kita..

Gunakanlah masa yang ada..
Dengan sebaiknya..
Kuatkanlah tekad di hati..
Memajukan diri..

Tiada kejayaan yang datang..
Tanpa usaha yang gigih..
Bersusah-susahlah dahulu..
Bersenang kemudian..

Jadilah warga yang berguna..
Pada keluarga, masyarakat jua negara..

Waspada!
Jangan mudah terpedaya..
Oleh hasutan dunia..
Yang bisa merosakkan hidupmu..

Ingatlah remaja semua..

Tuesday, September 21, 2010

.::Insan Bernama Kekasih::.

Debar hatiku membisik rindu..
Ingin aku katakan, kau gadis idaman..
Adakah mungkin kau kumiliki??..
Untuk aku jadikan insan bernama kekasih..

Keayuan yang tergambar lukisan nur iman..
Bersulamkan keindahan santun perkataan..
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan..
Mengusir segala resah di jiwa..

Ku sampaikan salam ucapan mesra..
Dan merisik khabar berita..
Masihkah ada peluang??..
Untukku melafazkan cinta..
Umpama rembulan jatuh ke riba..
Mendengar khabaran darinya..
Padaku kau memendam rasa..

PadaMu oh Tuhan..
Ku memohon keredhaan..
Nur Kasih yang ku damba..
Kekal hingga ke syurga..

Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya..
Moga dipeliharakan tulus cinta kita..
Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya..
Dengan lafaz pernikahan yang mulia..

Datanglah kasihmu dalam diriku..
Menghiasi ruang hatiku..
Akan ku sambutnya dengan..
Sujud penuh kesyukuran..
Ku harap jalinan kan berpanjangan..
Selagi kasih yang terbina..
Kerana cinta kepadaNya..

Kau kusayangi teman sejati..
Dikaulah sesungguhnya..
Insan bernama Kekasih..

Friday, September 17, 2010

.::Bisikan Malam::.

Bila ku didatangi malam..
Gelora perasaan mencengkam di jiwa..
Masihkah ada lagi..
Dayaku menghindar dari kealpaan..

Diterjah berbagai persoalan..
Dihujani air mata penyesalan..
Bisakah terhapus semua..
Segala dosa noda yang bertakhta..

Terangi jalan hidupku..
Dengan cahaya kasihMu..
Pimpinlah daku dengan hidayahMu..

Tuhanku, di malam syahdu ku merayu..
Ampunilah segala dosaku yang lalu..
Sujudku mendambakan keredhaanMu..
Tempatkan daku di dalam rahmatMu..

Ya Allah, tunjukkan jalan kebenaran..
Suburkan jiwaku dengan keimanan..
Hanya padaMu oh Tuhan..
Kusandarkan harapan..

Ya Allah, tunjukkanku jalan kebenaran dan kebahagiaan..
Suburkan jiwaku oh Tuhan dengan keimanan..
Hanya pada-Mu oh Tuhan..
Ku sandarkan harapan..
Ya Allah tunjukkanku jalan..

Tuhanku usah kau biarkan diriku..
Hanyut terleka di jiwa dunia membelenggu..
Dan aku sesungguhnya pasrah padaMu..
Hidup matiku hanyalah untukMu..

Saturday, September 4, 2010

.::Antara Dua Kasih::.

Deru ombak pecah berderai..
Mengulang pantai datang dan pergi..
Begitu kasih insan diibaratkan..
Bagai ombak merubah pantai..

Tika kasih melestarikan sayang..
Semuanya indah dipandang mata..
Pabila rasa benci terbit di hati..
Rasa kasih dan sayang pun menyisih..

Tanda kasih yang abadi..
Dalam senang jua dalam kesempitan..
Kasih Ilahi tiada bersempadan..
Tak memilih siapa, tidak berakhir, kekal selamanya..

Di antara dua kasih di makamnya yang berbeza..
Mudah dijumpa namun sukar untuk dipelihara..
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman..
Namun nafsu menodainya..

Terkadang kasih kita sesama insan..
Bisa mengundang keredhaaan Tuhan..
Jika insan menghargainya dan memuliakannya..

Thursday, September 2, 2010

.::Ainul Mardhiah::.

Dirimu pembakar semangat perwira..
Rela berkorban demi agama..
Kau jadi taruhan berjuta pemuda..
Yang bakal dinobat sebagai syuhada..
Itulah janji pencipta Yang Esa..

Engkaulah bidadari dalam syurga..
Bersemayam di mahligai bahgia..
Anggun gayamu wahai seorang puteri..
Indahnya wajah bermandi seri..

Menjadi cermin tamsilan kendiri..
Untuk melakar satu wacana..
Buatmu bernama wanita..

Ainul Mardhiah..
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga..
Menanti hadirnya seorang lelaki..
Untuk menjadi bukti cinta sejati..
Ooh! Tuhanku..
Bisakah dicari di dunia ini..
Seorang wanita bak bidadari..
Menghulurkan cinta setulus kasih..

Di hati lelaki bernama kekasih..

.::Rabiatul Adawiyah::.

Engkau bermula dengan sengsara..
Dalam mencari bahagia..
Terasa bagai bayang-bayang..
Gelap walau di suluh cahaya..

Pepasir pantai pun berubah..
Pabila hakikat melanda..
Ketenangan yang kau cari..
Terpancar di lorong sufi..

Kau hias rumah kasih abadi..
Serik menghiasi singgahsanamu..
Kau berjaya merubah segala..
Kasih semalam menjadi esok..

Kelunakan tangisan kasihmu..
Dalam simpuhan ketaatan..
Bagi mengharapkan keredhaan..
Dari mu Tuhan pencipta alam..

Rabiatul Adawiyah..
Serikandi yang tercipta..
Sungguh agung pengabdianmu..
Kau berjaya menjadi ikhtibar..

Asmaramu dihampar suci..
Pintalan dari awanan putih..
Membuahkan titisan rahmat..
Menyuburkan mawar yang layu..

Namamu menjadi sanjungan..
Ikutan ummah sepanjang zaman..
Ayuh bersama kita susuri..
Perjalanan kekasih Allah..

Wednesday, September 1, 2010

.::Roomate's Birthday::.

selamat hari jadi kepada rumate ku ben..
yang jatuh pada 1 sept yakni ari ini..
hahaha..padan muka kau ben kena function cukup2..
aku hanya mampu melihat dari jauh jewk..
mentertawakan kau semasa terkena..yang penting enjoy k ben..
bukan salu sambut birthday ngan kawan2..haha..

sekali lagi aku nak ucap :
HAPPY BIRTHDAY TO YOU.. MAY GOD BLESS YOU RUMATE.. LONG LIFE BEN.. CHAIYOK2 IN YOUR LIFE.. HAPPY2 ALWAYS..

snap lepas ben kene function..
da kene siram ngan pili bomba pown..haha

p/s : click pic to enlarge..