Sunday, August 29, 2010

.::Tiada Lagi::.

tiada lagi niatku untuk mencari penawar hati..
segala tindak tanduk ku telahpun mati disini..

tiada lagi kerinduan yang dapat kusemai dibatas hatimu..
jika tunas yang tumbuh pun terkulai layu..

tiada lagi yang ku harapkan darimu..
kerana harapan itu yang membuatkan ku tertunggu2..

tiada lagi memori semalam untuk hari ini..
jika itu yang menyebabkan luka dan sebak dihati..

tiada lagi usahaku untuk mendekati..
kerana dia adalah bunga yang berduri..

tiada lagi airmata hendakku tangiskan untukmu..
yang tinggal hanyalah duka dan pilu..

tiada lagi diriku dalam hidupmu..
jika itu yang kau mahu..
ku sedia mengundur diri..
melangkah pergi..

Friday, August 27, 2010

.::Hipokrit::.

sekian lama dia dan aku saling menyepi..
sekian lama aku merindukan suaranya..
sememangnya suara yang aku pernah cari suatu ketika dahulu..
biarpun hanya dapat kedengaran melalui telefon bimbit..
sememangnya aku terasa puas..
malam semalam merupakan antara perbualan kami yg paling panjang sekali..
hinggakan kredit aku yang sebelumnya terisi dengan belasan ringgit..
punah dalam satu malam..
semuanya bermula hanya dengan satu miscall drpd dia..
dan aku yg mengambil inisiatif untuk menelefonnya semula..
rancak perbualan kami, sehingga membuatkan dia terlalu open minded malam itu..
katanya dia tidak pernah berbual serancak ini..
apa yang membuatkan aku terkilan..
dia pernah kecewa dengan sikap aku suatu ketika dahulu..
katanya aku seperti manusia hipokrit yang hidup penuh dengan alasan..
berbalik topik hipokrit..kenapa aku hipokrit..tanyaku??..
katanya, aku tidak pernah menunjukkan diri sebenar aku di hadapan orang ramai..
katanya lagi..dulu dia sering cuba untuk berbual bersama aku secara berdepan..
tapi aku sering menundukkan kepala..berkata dengan nada lemah..seperti nak taknak..
mungkin padaku malu untuk berkata2..
padanya, aku seperti orang yang mempermainkan dia..
katanya lagi, kalau ber'sms' aku bukan seperti aku yang menunduk malu..
itu yang membuatkan dia amat2 kecewa padaku..
dari kata2 nya aku terasa amat bersalah..
dari kata2 nya membuatkan aku sedar..
bahawasanya, aku telahpun mengulangi kesilapan lalu..
buat kali kedua..kenapa??..
manusia sering mengulangi kesilapan yang sama..
adakah itu sememangnya sifat aku??..
kenapa sifat macam itu perlu ada untuk diriku??..
benarkah aku manusia hipokrit yang hidupnya penuh dengan alasan??..
kepada dia, aku memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan lalu..
bukan niatku begitu..bukan niatku untuk mengecewakan kamu..
sesungguhnya aku seronok berbual ngan kamu..
thanks for that precious moment..
apa yang berlalu biarlah berlalu..kan??
sememangnya yang berlalu biar berlalu..
tapi aku sudahpun mengulangi kesilapan itu dalam masa terdekat ini..
apa yang bermain difikiran adalah..
ada siapa2 terasa ke??..diorang benci kat aku x??..
apa perception diorang terhadap aku ek??..
aku sgt2 ingin mengubah dan menghalang ini drpd berlaku..
tapi aku tak mampu..
oh Tuhan..tolonglah hambamu ini..
sesungguhnya aku akui hati kurniaanMu ini tidak ku jaga dengan baik..
pasti ada yang terasa gara2 aku mengikut hati..
sememangnya hipokrit..kepada yang terasa..
aku memohon maaf kerana ini adalah sikapku yang tidak dapat dibendung..
sememangnya jika tidak berdepan, aku adalah diriku..
tapi sebaliknya akan berlaku jika situasi diterbalikkan..
aku menjadi hipokrit gara2 sifat malu..sampai bila??..maaf..

.::Official Poster Released::.


click image to enlarge
anda terpinga2..klik entry ini :
AHTM 2 : ChipMan

.::Tak Hilang Cinta::.

ku hanya penyair cinta..
menulis kerinduan..
ku selalu menyeru namamu..
tanpa jemu dan ragu..

ku menulis puisi cinta..
dari sepi malam yang gelita..
hingga gemuruh siang..
agar cinta ini mekar selamanya..

tak hilang cinta di dunia walau beribu tahun..

oh Tuhan tolonglah aku..
abadikan cinta ini..
walaupun terluka..
jiwaku merana..
kan ku pasrah untuk bercinta lagi..
ku terus bercinta dan dicinta untuk selamanya..
selamanya..dan selamanya..

Sunday, August 22, 2010

.::New Project::.

AHTM 2 : CM..
itulah tajuk bagi projek baru kami untuk tahun ini..
projek ini masih berada di peringkat pembikinan jalan cerita dan cadangan plot..
projek ini diadakan bertujuan untuk memenuhi permintaan orang ramai yang tertanya2 kesudahan nasib abg Hensem kita dalam filem AHTM..
AHTM 2 : CM adalah filem kedua sambungan daripada sekuel pertamanya iaitu AHTM..
merupakan projek terbesar untuk tahun ini..dianggarkan untuk projek kali ini, kami memerlukan kos yang agak tinggi disebabkan kerana aksi2 lebih mencabar dan penghasilan kostum yang ditempah dari luar negara khas untuk Abang Hensem kita..
bagi peminat2 semua pasti tertanya2 apa itu AHTM 2 : CM???..
AHTM 2 : CM merupakan singkatan untuk 'Aku Hensem The Movie 2 : ChipMan'..

serba sedikit mengenai jalan cerita AHTM 2 : ChipMan..
sebagaimana yang kita tahu, Hensem telahpun menerima kutukan dan cacian drpd org ramai akibat terlalu bangga ngan kehenseman beliau..
dan dalam sekuel ini, beliau cuba mengubah persepsi orang ramai tentang diri beliau..
macam2 perkara yang cuba dilakukan, beliau semakin rajin membantu orang ramai..
beliau melakukan itu semua demi menambat hati 4 gadis yang beliau cintai..*rujuk AHTM
keinginan beliau untuk membasmi jenayah membuatkan beliau mempelajari teknik mempertahankan diri iaitu specially dlm bidang taijutsu dan skil perang psikologi..
sebenarnya beliau belajar adalah semata2 untuk memenuhi minat beliau..
minat untuk menjadi Kamen Rider..
beliau minat akan Kamen Rider..
dan Kamen Rider merupakan idola beliau..
tanpa disedari, dengan kebaikan yang beliau lakukan..
dan keinginan yang tinggi..
beliau telah dikurniakan kuasa..
sejenis kuasa yang bakal mengubah dunia..
sejenis kuasa yang tidak dapat digambarkan..
sejenis kuasa diluar dugaan..
sejenis kuasa yang tidak tercapai akalmu..
sejenis kuasa yang boleh membantu generasi manusia masa kini..
dengan adanya kuasa itu, lahirlah superhero baru yang diberi nama ChipMan!!!..
tapi persoalannya disini..dapatkah beliau mengawal kuasa hebat tersebut??..
dapatkah beliau menggunakan kuasa tersebut untuk kebaikan??..
dapatkah beliau menambat hati gadis2 dengan menggunakan kuasa tersebut??..
dapatkah beliau menjadi seperti idolanya yakni Kamen Rider??..

apa yang pasti semuanya terjawab dalam ChipMan!!!..
bak kata SpiderMan "a great power come with a great responsibility"..
tagline untuk filem ini "ChipMan sebenar adalah aku!!!..kau ChipMan yang tidak diiktiraf!!"..
please look forward for the movie..see u soon at mini cinema..^_^

.::Projek AHTM::.

tak sangka fenomena 'Aku Hensem' masih menular dikalangan kawan2 aku..
ini semua disebabkan terbitnya filem 'Aku Hensem The Movie' yang berjaya mengubah kehidupan seorang mahasiswa..
from zero to hero lah katakan..
setinggi mana naiknya AHTM setinggi itu juga naiknya nama beliau dikalangan mahasiswa2 UTM..
sebaik sahaja selepas tamatnya tayangan AHTM..
terdengar bisikan2 halus yang memuji tentang kejayaan filem ini..
tidak tertinggal juga ada yang bertanyakan tentang filem seterusnya..
ada sambungan ke??..apa yang bakal terjadi??..kehidupan beliau selepas itu??..
tapi sebelum aku cerita lebih panjang lagi..pasti ramai yang tertanya2..
apa AHTM??..tak pernah dengar pun??..tak pernah tengok pun??..
sebenarnya, AHTM telahpun berjaya disiapkan diatas sokongan TangNganBen Production..
video klip dan video temuramah dengan pelakon utamanya telahpun berjaya dipublish..
cuma apa yang aku ingin tekankan disini, filem AHTM tidak dapat dipublishkan untuk tontonan ramai..
agak terkilan disitu..sebab itu ramai yang tidak tahu pasal filem ini..
hanya dikalangan kawan2 saja yang dah tonton filem ini..
AHTM tidak dapat dipublish untuk tontonan ramai adalah disebabkan adanya unsur2 sensitiviti pelakon utama..
kami terpaksa akur dengan permintaan pelakon utama yang tidak membenarkan kami mempublish filem tersebut..

Bagi yang ingin mengetahuinya, aku cerita sikit tentang AHTM k :

kisah bermula dengan seorang remaja yang hidup dengan lifestyle nerd..
belajar di UTMKL..pada suatu hari beliau mencuba untuk menukar imej diatas desakan rakan2..
dan orang pertama yang perasan tentang imej beliau..adalah pak guard UTM..
pak guard itu terpegun lantas memanggilnya HENSEM..sejak itulah beliau mendapat gelaran Hensem..sampai ke hari ini..
bermulalah kehidupan beliau sebagai orang terhensem di UTM..
tagline untuk filem ini adalah "Aku Hensem!!!! Kau???"..
tagline ini merupakan kata2 yang sering dikeluarkan Hensem..
beliau terlalu berbangga ngan kehenseman beliau..
nak dijadikan cerita, beliau telah dicabar oleh rakan2 beliau yang tak puas hati untuk mengisi 4 tempat kosong didalam hati beliau..dengan bangga beliau menerimanya..
bermula pencarian beliau..menggunakan aset Hensem yang ada untuk memenuhi 4 ruang itu..
diselitkan adegan2 aksi, romantik, kelakar, dan sedih didalam cerita ini..
sedih??..kenapa sedih??..
sebab beliau tidak berjaya untuk menyelesaikan cabaran yang telah diberi..
cacian dan makian yang banyak diterima..
aset keHenseman beliau bukan segala2nya..
beliau kembali normal dan tidak riak lagi..akhirnya beliau menerima kenyataan yang beliau merupakan manusia biasa.."kita hanya mampu merancang, tuhan juga yang menentukan"..

begitulah serba sedikit tentang AHTM..
kini kami telahpun memulakan projek baru kami..
projek yang bakal menggegar lagi..disokong oleh TangNganBen Production..
projek kali ini kami cuba sedaya upaya untuk mendapatkan lesen tayangan umum..
untuk kepuasan semua..kami persembahkan..
"AHTM 2 : CM"..please look forward to it on the next entry..

Saturday, August 21, 2010

.::Drastic Reaction::.

selepas mengetahui kebenaran yang sebenar2nya..
kehidupan yang aku lalui sebelum ini seperti tiada gunanya..
manakala, kehidupan yang mendatang pula tiada cahayanya..
memang benar kata2 sahabat aku..

knowing the truth is the most painful thing in ur life.. ~Muzakkir Tajuddin~


itulah ayat yg disampaikan kepada aku sebelum aku merasa down..
sememangnya kebenaran itu perkara yang amat menyakitkan..
dunia khayalan juga yang indah..tapi kita kena face the reality gak kan??..
tahan jewk lah ngan kehidupan didunia ni..
kawan2 aku jugak lah yang bnyak bagi ayat2 motivasi pembakar semangat ini..
tatkala aku merasa diri aku seorang yang loser..
dia sentiasa mengingatkan aku ngan satu lagi ayat dia..

nobody's perfect!!!..so, don't feel so bad about urself.. ~Muzakkir Tajuddin~


ayat ni yang aku pegang sampai sekarang..
semua orang ada kelebihan dan kelemahan masing2 kan..
memang betul tu??..manusia mana yang sempurna??..
manusia mana yang tak lepas dari membuat kesilapan??..
manusia mana yang sentiasa betul??..
dia sememangnya kawan dunia akhirat aku..insyaAllah..
pasti ada dikala aku susah dan senang..begitu jugak ngan kawan2 yang lain..
dia berpesan kepada aku..untuk mengikuti prinsipnya..
sampai kehari ini aku mencuba prinsipnya..mengaplikasikan dalam diri aku ini..

everyday is a new life..we don't need the yesterday memories that bring us down.. ~Muzakkir Tajudin~


itu prinsip hidup dia..sampai kehari ini..
satu tindakan drastik telahpun aku lakukan sejak aku cuba mengaplikasikan prinsip ini..
aku melupakan memori semalam..dan menganggap setiap hari adalah kehidupan baru aku..
aku cuba menjauh, sejauh mungkin dengan orang yang berkaitan dalam memori semalamku..
aku memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang terasa hati..
sekarang aku tak mampu untuk berdepan lagi..
tindak balas drastik yang mampu aku lakukan bila aku jumpa korang cuma dengan menjauh dan mengelak..
itu satu2nya cara untuk mengelakkan diri aku daripada dibayangi..
harap korang paham..kalau kau menjauh aku juga boleh menjauh..
untuk apa mengejar sesuatu yang belum pasti..
sungguhpun dia adalah pemandangan indah yang aku cari..
tapi pemandangan itu bukan untukku, atau lebih tepat lagi tidak mungkin untukku..
aku hanya mampu menatapi pemandangan tersebut dari jauh..
dengan rasa terkilan melihat orang lain yang memilikinya..
hanya dengan memadam memori itu aku akan dapat melangkah kehari esok..
terasa kekok pabila tidak bertegur sapa..
terasa memang itu satu2 caranya..
dan kini..terubat seketika..
aku berharap semoga terubat untuk selamanya..
sekali lagi aku ingin memohon maaf kepada sesiapa yang terasa..

time endures..time heals..in this life, just take some time for yourself..


masa juga yang mampu mengubati segala2nya..
masa adalah penentu segala2nya..
kalian tunggu sajalah disuatu masa nanti..
tatkala aku bersedia..aku akan kembali untuk diriku yang dulu..
aku sendiri dengan bersabar menunggu sesuatu..
sesuatu yang pasti seperti yang dikatakan..

cinta itu satu kepastian, bersabarlah.. ~Muzakkir Tajuddin~

Sunday, August 8, 2010

.::Persatuan Memakan Kawan::.

semakin hari sememangnya aku semakin memberontak..
aku pun tak tau kenapa boleh jadi begini..
ketidakpuasan hatiku semakin menjadi2..
anti aku pun semakin hari semakin bertambah..
even dengan budak2 kelas sendiri..
persatuan makan kawan??..
pada mulanya aku membangkang frasa berkenaan..
sehingga da kena kat batang hidung sendiri baru sedar..
memang persatuan makan kawan..
kalau pemimpinnya macam haprak..
bukan pemimpin sahaja..dengan orang2 atasannya sekali..
apa yang aku nampak..kebanyakkan orang2 atasan banyak lepas tangan..
kalau yang bagus dan sememangnya beretika, aku akan respect mereka..
tapi apakan daya, ibarat nila setitik rosak susu sebelanga..
bila buat program, cari orang ramai untuk membantu mereka..
tapi, mereka sendiri ntah kemana pergi??..
aku da bnyk kali kena ea!!!..
kawan, tak kawan..kalau buat aku camni, baik takyah jadi kawan..
korang punya persatuan menyusahkan kawan jewk..
kalau nak buat apa2, biarlah kita susah sama2..
bukannya korang lepas tangan pastu orang2 yang support korang pulak merana..
kenapa perlu orang lain yang memperjuangkan persatuan korang??..
orang luar pulak tu..apa yang aku nmpk..
exco2 persatuan pown xde..haram!!..
kalau nak diikutkan, aku takde jawatan pape pown ea..
dengan niat ingin membantu, begini mereka balas aku..
kalau nak diikutkan, aku tidak berjawatan apa2 pun sebenarnya..
untuk sapa2 yang kenal aku..sememangnya diorang tau..
aku memang suka tolong orang..even korang panggil time aku tido, time tengah malam kew??..
aku tetap datang untuk tolong..tapi please don't take that as granted..
jangan mempergunakan kebaikan orang lain demi kepentingan sendiri..
tak terasa hina kew nama korang naik atas kerja orang lain..
hina sangat2..kalaulah aku tau aku malas, aku takkan ambik jawatan tue..
kalau aku tau aku takleh buat, aku akan letak jawatan tue..
kalau aku tau aku tidak bekerja seiringan ngan orang2 aku, lebih baik aku batalkan segala program dan bubarkan persatuan itu..
memang aku akan kerugian, janji aku takkan menyusahkan KAWAN!!!..

p/s :siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya..
siapa yang terasa diri, renung2kanlah dimana silapnya..
mintak maaf bagi yang terasa..

.::Luahan Hati::.

kalau nak cerita pasal hati..
memang aku tak tau nak cakap apa lagi dah..
memang macam2 perasaan yang muncul..
dan semuanya tidak pernah terkawal..
dan aku teringat kata2 seorang kawan yang boleh aku panggil sahabat..
apa yang beliau sebutkan, beliau menegaskan bahawa sememangnya hati memang bukan milik kita..
"betul kew?"..aku bertanya..apa pendapat korang??..
apa yang dimaksudkan beliau, hati kita sememangnya bukan milik kita..
sebab itu hati kita sentiasa lebih senang untuk memberontak..
ini disebabkan kita tidak boleh mngawal hati..
apa yang boleh dikawal adalah minda..
segala2nya minda..
sememangnya apa yang ingin diketengahkan adalah..
aku amat2 mudah terasa hati..
amat2 mudah menerima seseorang dalam hati..
amat2 mudah menerima tarikan seseorang..
pabila mudah menerima, mudah juga kita kecewa..
semakin aku suka, semakin banyak benda yang membuatkan aku benci padanya..
semakin aku sayang, semakin banyak sakit yang mendatang..
semakin aku rindu, selagi itu aku terus sayu..
semakin aku kejar untuk berdekatan, semakin menjauh daripada pandangan..
tidak pernah ku merancang untuk berduka..
tidak pernah ku menduga sakitnya menderita..
tidak pernah terbayang ini hasilnya..
sememangnya pemberontakan hati tiada henti..
ku cuba mengawal dengan minda..tidak terkalahkan..
sentiasa ada kesalahan yang sama dalam hidup ini..
tanpa sebarang tanda mahupun amaran..dia datang tanpa belas kasihan..
walaupun kelihatan kuat di luaran, didalam lemah tidak terbayangkan..
raut wajah sememangnya terlukis ketenangan, siapa tau hati yang berkocakan..
memang benar pepatah ada mengatakan..
kalau ikutkan rasa, binasa, kalau ikutkan hati, mati..
dan aku sedar aku hanyalah pipit disisinya yang merupakan merak kayangan..
kehadiran aku tidak akan pernah disenangi..
dan perkara yang sememangnya tidak diingini akan sentiasa ada..
untuk menghalang perjalanan kita sebagai khalifah dibumi ini..
jelas ternyata aku masih belum cukup kuat untuk hidup bersendirian..
aku masih memerlukan kawan2 disisi..
trimas frens for make me smile..
ketenangan diwajahku terhasil daripada kesucian persahabatan korang..
sokongan korang pula adalah kekuatan ku..
frens..don't go..don't leave me..